Motosikal

PANAS! HONDA CBR250RR AKAN DILANCARKAN MALAM INI!

Seperti yang dijangka, Boon Siew Honda akhirnya akan melancarkan model sports Honda CBR2500RR ke pasaran tempatan pada malam ini.

Perkara itu disahkan menerusi satu mesej ringkas daripada Boon Siew Honda kepada rakan-rakan media.

Hi media members,

Boon Siew Honda akan melancarkan secara rasmi model CBR250RR melalui facebook fans page rasmi kami.

Link seperti tertera di bawah:
https://www.facebook.com/boonsiewhonda.my

Terima kasih atas sokongan anda semua 🙇‍♂️ – Tulis Boon Siew Honda.

Malaysia merupakan antara negara yang agak lewat menerima jentera tersebut berbanding rakan-rakannya di rantau ini. Terdahulu, CBR250RR sudah pun dilancarkan di Indonesia, Thailand dan Jepun.

Sebagai sebuah model premium, CBR250RR dikuasakan oleh enjin MC51E empat lejang DOHC dua silinder sebaris bersesaran 249cc dengan sistem pancitan bahan api PGM-FI dan padanan enam kelajuan.

Ia juga dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik seperti throttle by wire, quick shifter, assist slipper clutch, lengan ayun aluminium tidak simetri, suspensi Pro-Link dan banyak lagi.

Jadi, jangan lupa temu janji dengan Boon Siew Honda malam ini jam 8.00 malam di Facebook rasminya. Jumpa di sana!

Google ads
Back to top button