
HONDA CIVIC BAKAL GUNA ENJIN TURBO?
Sedan popular Honda Civic generasi akan datang dikatakan bakal menggunakan enjin turbo dalam usahanya meningkatkan lagi aspek penjimatan bahan api.
Memetik laporan Automotive News, enjin turbo itu juga membantu Honda Motor Co. untuk mematuhi standard emisi yang lebih ketat. Di samping memberi keseronokan kepada para pemandunya.
“Enjin turbo bersesaran lebih kecil akan menjadi asas, termasuklah model Civic,” kata Ketua R&D Global Honda, Yoshiharu Yamamoto yang ditemui di litar ujian Honda di bahagian utara Jepun baru-baru ini.
Terdahulu, Honda ada mengumumkan bahawa Yamamoto bakal bersara pada Jun 2015 dan digantikan oleh Koichi Fukuo.
Civic dijangka dijana oleh enjin turbo bersesaran 1.5 liter, selain enjin aspirasi biasa (N/A). Enjin turbo itu didakwa mampu menghasilkan kuasa yang sama seperti enjin N/A 2.0 dan 2.4 liter. Malah ia lebih cekap dan menjimatkan.
Honda dikatakan telah melabur sebanyak AS$340 juta (RM125 juta) ke atas kilang enjin miliknya di Anna, Ohio Amerika Syarikat.








