Modifikasi

HONDA CIVIC EK DUA PINTU

Kereta ini ada daya tarikan yang lain macam sekali. Kalau letak di sebelah FD2R atau EP3 R pun, EK dua pintu convert atau tipu Type-R masih lagi nampak anggun, garang dan membuatkan kereta lain terancam. 

DSC_7684

Pada tahun 2014 ini, EK dua pintu kebanyakannya tidak lagi standard badak. Semuanya dah kena convert. Waktu mula-mula Civic ini dikeluarkan, kita tidak peduli pun. Model EG dua pintu a.k.a Dolphin itu tetap jadi nombor satu dalam senarai pilihan peminat VTEC dan Civic amnya. EK dua pintu ni dah la mahal macam nuklear, tak cantik langsung.

Tetapi apabila idea dan peralatan facelift EK9 mula dipotong masuk ke kedai half-cut, landskap EK ini berubah 360 darjah. Saya pun jatuh hati tiba-tiba bila tengok versi putih Type-R atau kuning Spoon di atas jalan.

DSC_7689

Hingga ke hari ini, model EK dua pintu masih berada di tangga teratas kalau bab harga. Macam Nissan Cefiro A31 dibandingkan dengan A32 dan A33. Model yang anda tengok ini ialah versi EK yang siap disalin dengan peralatan Type-R EK9 lengkap.

Macam mana nak buat? Cari duit banyak-banyak kemudian campakkan depan kaunter kedai potong. Apa yang tak ada di kedai potong? Semua ada. Kalau jenis malas nak cari, buka saja internet, bersepah orang nak jual. Apa yang penting duit. Ada duit, semua boleh jalan kalau main Civic.

DSC_7714

Mula-mula kereta ini dipasang dengan Enjin B18C iaitu sedara sepupu B16B. Asal daripada perut Integra DC2 facelift yang perbatuannya sangat rendah. Masuk plug & play saja.

Bahagian dalaman tak diusik, tetapi peralatan sokongan seperti hos radiator Samco, penapis udara K&N dengan funnel karbon, kabel coil Spoon dan sebuah radiator aluminum Koyo dan SARD. Kotak gear asal 4.7 juga disalin dan dipadankan dengan pelapik klac OSGIken. Ekzosnya datang satu set daripada Spoon depan sampai belakang.

DSC_7692

Walaupun pengubahsuaian enjin kereta ini boleh dilabelkan sebagai sederhana, peningkatan pengendalian cukup penting. Jadi, ia dipasang suspensi Spoon yang susah nak jumpa sebenarnya. Bar penstabil atas juga jenama Spoon.

Tetapi saya agak keliru kenapa pemiliknya tidak guna rim Spoon SW388. Alasan yang baik ialah dia jumpa set rim 15 inci TE37 dengan kemasan merah yang sangatlah rare sekali.

DSC_7696

Kalau tengok dalam katalog Rays, warna merah ini memang tak ada. Ada dua kemungkinan. Sama ada ditempah khas atau pemilik sebelumnya di Jepun dah mengecatnya dan tampal sticker original Rays. Dahlah rare, balut pula dengan tayar Advan Neova AD07 bersaiz 195/55.

Brek juga ditingkatkan dengan set dari DC2 dengan lima hub di depan dan belakang. Memasukkan angkup tanpa servo utama daripada Integra tidak memberi kesan yang banyak.

DSC_7700

Namun, disebabkan kereta ini sudah salin enjin siap-siap, bahagian brek memang meyakinkan. Pad brek jenama Endless. Trailing arm belakang digantikan dengan jenis aluminium.

Bahagian dalaman EK yang dulunya pekak disempurnakan dengan aksesori asal EK9. Daripada papan pemuka, karpet, tempat duduk knob, pedal, panel pintu dan konsol. Apa yang asing ialah stereng OMP dan pemain Kenwood. Senang betul main Civic.

DSC_7687

Bahagian luar juga senang sangat nak jadikan EK biasa nampak berbisa. Maksud saya, walaupun perubahan sebuah EK versi pasar dengan versi trek (EK9) tidak banyak, tapi perubahan kecil itulah yang membuatkan kereta ini nampak berbeza.

Misalnya, berapa ramai orang yang perasan tailgate belakang tak ada pengelap cermin? Lips yang dipasangkan pada bampar depan dan belakang tu nampak nipis kerana sememangnya itulah gaya yang direka. Sepasang lampu depan jenis smoked, bonet depan gentian karbon dan warna kuning Spoon meletakkan kereta ini berada di statusnya yang tersendiri.

DSC_7682

Mengikut pemerhatian terkini saya, harga pasaran untuk model dah siap kira-kira RM40,000. Itu jenis yang aksesorinya tak banyak mana. Kalau nak jenis yang pergi macam roket, dua kali ganda harga itu pun ada yang jual. Biasanya ia dipasang dengan enjin K20A atau K24.

Berapa laju kereta ini boleh pergi? Berapa HP boleh dapat? Macam yang saya bagitau tadi, semuanya tentang duit!!!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button