
HONDA CIVIC FACELIFT DI THAILAND
Honda Automobile (Thailand) Co., Ltd. baru-baru ini memperkenalkan Honda Civic facelift yang tampil dengan imej lebih sporty.
Walaupun hanya melibat perubahan kecil, pakej sporty itu dapat dilihat pada bahagian gril radiator hadapan. Gril dengan rekaan sarang lebah itu diserlahkan lagi menerusi kemasan dan emblem krom Honda.
Model itu juga didatangkan dengan bodykit pada bahagian depan sisi dan belakang. Spoiler dan kemasan pada hujung paip ekzos dengan emblem sport yang eksklusif menyempurnakan gaya sportynya.
Untuk pasaran Thailand, bodykit aero hadir dalam dua variasi iaitu 2.0 ES AT NAVI dan 1.8 ES AT. Ruang kabin kedua-dua varian tersebut menawarkan keselesaan dan kemewahan menerusi paparan audio dengan skrin sentuh bersaiz tujuh inci. Unit audio itu memiliki fungsi ketersambungan dengan telefon pintar, port HDMI dan kamera undur pelbagai sudut.
Aspek mekanikalnya bagaimanapun tidak berubah. Civic generasi kesembilan itu tetap menggunakan
khidmat enjin 2.0 liter i-VTEC berkuasa 155hp @ 6,500rpm dan tork 190Nm @ 4,300 rpm atau enjin bersesaran 1.8 liter i-VTEC yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 141hp @ 6,500rpm serta tork puncak 174Nm @ 4,300rpm.
Honda Malaysia mungkin tidak menunggu lama untuk memperkenalkan model Civic facelift kepada pengguna tempatan. Selain model City yang cukup laris dan beberapa model lain yang terus mendapat sambutan hangat, Honda Malaysia nampaknya memulakan tahun 2014 dengan langkah kanan.













