Buletin

HONDA CIVIC TELUR 1978 INI MAHU DILELONG – BARU BERGERAK 13.8K KM SAHAJA

Kereta klasik sememangnya anggun. Ia memberi imbasan bagaimana orang lama merekacipta kenderaan dan juga memberi bayangan fesyen dan trend pada zaman itu. Objek klasik ibarat perakam sejarah yang menyimpan rekod-rekod masa yang berlaku pada masa tersebut.

Mereka yang memiliki kereta klasik adalah insan bertuah kerana ia menjadi buruan pengumpul koleksi berharga. Ada yang mahu memilikinya bukan untuk dipandu tetapi sahaja suka-suka untuk disimpan atau dibuat pelaburan pada masa akan datang.

Honda Civic atau Civic Telur ikutkan biasa-biasa sahaja namun ia sebenarnya adalah kereta yang istimewa kerana mendiang Soichiro San menggunakan model ini untuk melakukan serangan di Amerika Syarikat. Model tersebut dilengkapi teknologi CVCC bagi melepasi undang-undang ketat emisi sebelum dibenarkan di jual di sana.

Mungkin ada yang buat endah tidak endah dengan model Civic Telur memandangkan ia belum lagi jatuh ke tahap hachiroku atau hakosuka tetapi buat peminat Honda, Civic tahun 1978 ini adalah super rare dek kerana keadaannya yang masih elok dan baru.

Honda Civic 1.3L ini mahu dilelong di acara Classic Car Auctions di Warwickshire Exhibition Centre pada 10 Jun depan.

Menariknya ialah sepanjang pemilikan, Honda Civic ini hanya dipandu sebanyak 13,840.36 km sahaja. Bukan setakat jarang dipandu malah ia hanya dimiliki oleh seorang individu sahaja.

BACA – HONDA CIVIC EK – YOO PUTEH THE CHAMPION

BACA – SEMANGAT PERLUMBAAN – HONDA CIVIC FD2 TYPE-R

Di bawah ialah ciri-ciri yang membuatkan Civic 1978 ini begitu istimewa:

  • Warna Elysee Bronze
  • Kulit pintu masih mempunyai balutan plastik
  • Interior berwarna perang masih lagi tidak terusik
  • Kereta disimpan dalam stor simpanan
  • Dikatakan unit ini adalah salah satu dari tiga unit Civic 125 dengan transmisi manual yang masih ada di UK

Harga jualan Civic 1978 ini dijangka bermula dari GBP 5,000 hingga GBP 7,000 (RM28,000 hingga RM39,207.47). Siapa yang mempunyai modal, bolehlah terbang ke UK dan cuba untuk mendapatkan model super rare ini. Bawa pulang ke Malaysia dan simpan.

Maklumat lanjung tentang Civic yang mahu dilelong ini boleh didapati dari: http://www.classiccarauctions.co.uk/honda-civic

Google ads
Back to top button