Buletin

VPCM TINGKATKAN PRODUKSI TIGUAN UNTUK PENUHI PERMINTAAN PELANGGAN 

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini mengumumkan bahawa ia telah meningkatkan produksi model SUV Tiguan dalam usaha memenuhi permintaan pelanggan yang kian meningkat. 

Dilancarkan pada April lalu, Tiguan hadir dalam dua varian iaitu Comfortline yang berharga RM148,990 dan Highline (RM168,990) seunit.

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan Tiguan Highline menerima sambutan hangat daripada pengguna tempatan. Manakala varian Comfortline pula menarik minat mereka yang mahukan sebuah jentera berkualiti dengan kejuruteraan Jerman.

“Kilang kami di Pekan, Pahang kini bekerja keras untuk mematuhi jadual pengeluaran bagi menjamin kebolehdapatan stok. Pelanggan perlu tahu bahawa kami sedang melakukan yang terbaik untuk memastikan proses penghantaran yang lancar dan pantas,” kata Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter.

Tiguan menawarkan gabungan terbaik dari segi gayaan dan keupayaan yang ditawarkan pada harga menarik. Pendak kata, SUV itu memberikan pakej lengkap kepada pengguna.  Untuk memberi nilai tambah kepada pengguna, VPCM memperkenalkan warna merah yang baru dan ia kini sudah boleh ditempah.

Tiguan merupakan model SUV paling berjaya Volkswagen apabila mencatat jualan 2.8 juta unit di seluruh dunia. Berdasarkan kepada kejayaan tersebut, Tiguan dilihat telah meletakkan aspek reka bentuk, keselesaan dan fungsi ke satu penanda aras yang baru.

Bagi memberi ketenangan minda kepada pemiliknya, Tiguan didatangkan dengan jaminan pengilang dan bantuan tepi jalan selama lima tahun. Untuk tempoh terhad, VPCM menawarkan fungsi App Connect secara percuma pada varian Tiguan Highline.

BACA: TIGUAN – TARUHAN PENTING JENAMA VOLKSWAGEN

BACA: KONVOI 27,000km DARI MALAYSIA KE JERMAN UNTUK PERHIMPUNAN VOLKSWAGEN

Google ads
Back to top button