Buletin

HONDA DEDAH CIVIC X HATCHBACK SEBELUM PARIS MOTOR SHOW 2016

Dijadual melakukan debut pada acara Paris Mtor Show 2016 hujung bulan ini, Honda bagaimanapun telah mendedahkan beberapa foto rasmi jentera Civic X Hatchback buat tatapan para peminatnya di seluruh dunia.

Honda-Civic-X-hatchback-2017-mekanika (8)

Sebagaimana yang kita ketahui, Civic versi hatchback ini akan dihasilkan di kilang Honda di Swindon, United Kingdom (UK) dengan pelaburan mencecah Ā£200 juta (RM1.075 bilion). Civic itu akan diimport ke negara-negara lain termasuklah Amerika Syarikat.

Sementara versi sedan untuk pasaran Eropah, Ā Civic akan dibina di kilang Honda di Rurki dan tidak akan dijual di UK. model hatchback ini pernahĀ dipamerkan sewaktu pameran motorshow GAIKINDO di Indonesia bulan lepas.

Honda-Civic-X-hatchback-2017-mekanika (3)

Fascia hadapannya sama seperti spesifikasi Civic sedan untuk pasaran Amerika Utara. Perbezaannya cuma kemasan dicat hitam yang mengantikan warna krom. Dijangka dijual pada awal 2017, profail sisi dan belakang ivic hatchback generasi kesepuluh ini memang sangat sporty.

Dua enjin pengecas turbo akan ditawarkan. Enjin 1.0 turbo tiga silinder berkuasa 127hp dan tork 200Nm. Satu lagi enjin bersesaran 1.5-liter VTEC Turbo empat silinder yang mampu menghasilkan kuasa 180hp dan tork maksimum 260Nm. Manakala varian enjin 1.6-liter i-DTEC turbo diesel akan ditambah pada hujung tahun 2017.

Honda-Civic-X-hatchback-2017-mekanika (6)

 

Masih belum dapat dipastikan sama ada rangkaian kuasa hibrid bakal ditawarkan atau sebaliknya. Jika Honda mahu berbuat demikian, tiada masalah kerana platform ini boleh menerima konfigurasi tersebut dengan mudah.

Dengan dimensi panjang 4,497mm, lebar 1,800mm dan tapak roda 2,700mm, Civic X hatchback sememangnya lebih besar berbanding model terdahulu. Cuma ia lebih rendah, 1,421mm.

Honda-Civic-X-hatchback-2017-mekanika (1)

Di ruang kabin, Honda menggunakan material lebih berkualiti agar kelihatan lebih premiu. Tipikal Honda, praktikaliti sangat diberi perhatian. Buktinya, apabila tempat duduk belakang dilipat, ruang kargo mampu mencecah 478 liter, jauh lebih luas berbanding Volkswagen Golf.

Honda-Civic-X-hatchback-2017-mekanika (5)

Harapan untuk melihat Honda Malaysia membawa masuk versi ini memang tipis. Kita hanya boleh berharap ada pengimport parallel yang berani nak jual. Itu pun harganya mesti tidak murah.

Google ads
Back to top button