Buletin

HONDA DEDAH PERINCIAN DAN FOTO CIVIC HATCHBACK UNTUK PASARAN EROPAH

Honda kini dilihat bersedia untuk melancarkan Civic hatchback atau turut dikenali sebagai Civic Euro di pasaran Eropah.

Dihasilkan di kilang Honda di Swindon, United Kingdom, ini merupakan model global dan melibatkan program pembangunan paling besar dalam sejarah Honda. Antara pasaran baru yang akan menerima jentera tersebut buat pertama kalinya ialah Amerika Syarikat.

Honda telah menjalankan ujian ekstensif serta menetapkan penanda aras dengan model-model premium Eropah dari aspek pengendalian, NVH, kualiti ruang kabin dan kehalusan buatannya.

BACA: APA? HONDA CIVIC TYPE-R 2018 GUNA KOTAK GER CVT?!!

Jentera itu dikuasakan oleh pilihan enjin tiga silinder bersesaran 1.0 yang baru. Dipadankan dengan kotak gear manual atau CVT, ia mampu menghasilkan kuasa 129PS dan tork 200Nm. Penggunaan bahan api sekitar 4.7 liter bagi setiap 100km.

Jika mahukan varian lebih berkuasa, pilih sahaja enjin VTEC Turbo bersesaran 1.5 liter. Menawarkan kuasa sehingga 182PS dan tork 240Nm, penjimatan bahan apinya adalah sekitar  5.8l/100km.

Civic hatchback 30mm lebih lebar, 136mm lebih panjang dan 20mm lebih rendah berbanding model terdahulu. Honda mendakwa ini ialah Civic paling sporty pernah dihasilkannya.

Casis baharunya 52 peratus lebih tegar dan hadir bersama suspensi multilink baharu. Ia kemudian dipadankan dengan sub kerangka baharu dan satu set peredam adaptif pilihan demi menjanjikan pemanduan yang lebih sporty.

Posisi tempat duduk pemandu direndahkan sebanyak 35mm. Titik gravitinya juga 10mm lebih rendah. Model itu juga menawarkan stereng yang lebih pantas dan responsif.

Kabinnya adalah yang paling luas dalam segmen kereta kompak. Penumpang belakang boleh menikmati 95mm lagi ruang kaki. Butnya juga besar, 478 liter bersama tempat duduknya boleh dilipat dengan konfigurasi 60:40.

Sistem infotainment Connect dengan skrin sentuh bersaiz tujuh inci menawarkan ciri Apple Car Play dan Android Auto. Bukan itu sahaja, Civic hatchback juga didatangkan dengan pelbagai sistem bantuan pemandu seperti Collision Mitigation Braking System, Forward Collision Warning, Forward Collision Warning, Adaptive Cruise Control, Traffic Sign Recognition dan banyak lagi.

Untunglah. Kita boleh tengok je ni.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button