Buletin

NISSAN GT-R DIPANDU UNTUK LAKAR GARIS PETA INDIA PALING BESAR DI DUNIA

Nissan Motor India meraikan 68 tahun kemerdekaan republik itu dengan cara yang sedikit berbeza. Menggunakan jentera berprestasi tinggi Nissan GT-R, ia berjaya melakar garis peta India paling besar di dunia.

Rekod yang dicatat dalam Limca Book of Records, Guinness Book of World Records versi India itu dihasilkan di Tasik Sambhar, Rajasthan. Tasik Sambhar dipilih kerana ia mempunyai permukaan yang rata dan kering. Kondisi tanahnya juga membolehkan kesan tayar dapat dilihat dengan jelas apabila dirakam menggunakan kamera drone.

GT-R dipilih kerana tugasan ini memerlukan jentera yang memiliki kelajuan dan ketepatan terbaik. Ia juga sempena ketibaan jentera tersebut di pasaran India. Dipandu oleh pemandu rali profesional, Rahul Kanthraj, tugas itu dapat dilaksanakan dengan begitu cemerlang.

BACA: KENAPA NISSAN GT-R BEGITU BERKUASA? INI RAHSIANYA…

Bagi memastikan ketepatan garisan, peta itu diplot menggunakan koordinat pada GPS. Dimensi peta adalah sepanjang 3 kilometer dan memiliki keluasan 14.7km. Para pegawai Limca Book of Records turut berada di sana untuk mengesah rekod itu.

Sebagai menghargai para pelanggan Nissan di India, Nissan Motor India juga ada menyiarkan satu video khas yang memaparkan GT-R mencatat rekod itu.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button