
HONDA DI TANGGA TERATAS PENCARIAN TERTINGGI GOOGLE 2016 – KATEGORI AUTOMOTIF
Enjin pencarian paling popular – Google mengeluarkan ranking terbaru bagi kata kunci carian untuk automotif. Mengejutkan, Honda berada ditempat pertama mengalahkan banyak calon lain. Lazimnya, jenama yang tertinggi di Google terdiri dari model premium dan mewah.
BACA – HONDA CIVIC, CAR OF THE YEAR 2016
BACA – CIVIC 1.0 TURBO UNTUK PASARAN CHINA
Ini adalah senarai penuh carian yang popular bagi kategori automotif di Google;
1. Honda
2. Mercedes-Benz
3. Tesla
4. Lamborghini
5. Volvo
6. Ford
7. Jaguar
8. Bentley
9. Maserati
10. Rolls-Royce
10 senarai teratas ini menyaksikan hanya Honda dan Ford sahaja merupakan jenama jenama penumpang massa bukan premium. Tahun lalu Honda berada pada kedudukan ketiga selepas Chevrolet dan Dodge. Tahun ini Chevrolet dan Dodge kelaut, tak masuk senarai
Adalah dipercayai bahawa model Honda Civic, Civic Type R, Civic Hatchback dan CR-V menjadi carian tertinggi. Apapun, dengan kemajuan teknologi maklumat di hujung jari, medium laman maya dan laman sosial kini merupakan strategi pemasaran moden yang efektif