Buletin

HONDA DI TMS 2013

SHARE
Toyo Tyre – Mrec – Desktop

Honda Motor Co., Ltd. baru-baru ini mengumumkan model konsep dan produksi yang bakal menghiasi ruang pamerannya pada Tokyo Motor Show 2013 (TMS 2013) kali ke-43. 231013-g-hon

Berlangsung di Tokyo Big Sight, Tokyo Jepun dari 20 November hingga 1 Disember 2013, pameran itu akan mengetengahkan pelbagai model kenderaan, motosikal dan produk kuasa terkini buatan Honda.

Dengan tema “Live Outside the Box,” Honda bakal mempamerkan model Honda S660 CONCEPT. Kereta sport mini tanpa bumbung itu dikatakan menggunakan enjin berkuasa 660cc yang mungkin disokong oleh motor elektrik.

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

231013-c-hon

Kereta super sport generasi akan datang NSX CONCEPT pula menampilkan enjin V6 dengan sistem pancitan terus. NSX CONCEPT juga dilengkapi sistem hibrid bercekapan dan berkuasa tinggi yang diberi nama SPORT HYBRID SH-AWD® (Super Handling – All Wheel Drive™)

Alat mobiliti peribadi diberi nama UNI-CUB dan dibangun berasaskan kepada tema ‘harmoni dengan manusia’ juga akan dipamerkan. Alat bersaiz kompak itu menawarkan kebebasan pergerakan kepada penggunanya. Honda kini berusaha keras untuk menjadikannya boleh digunakan oleh kumpulan pengguna yang lebih luas.

o13240924honda_n-wgn01

Selain itu, Honda juga dijadual mengadakan ‘world premiere’ model N-WGN yang merupakan varian keempat dalam keluarga N Series. Tidak ketinggalan, sebuah model yang akan memasuki produksi. Dibina berasaskan kepada URBAN SUV CONCEPT, model tersebut sebelum ini pernah dipamerkan di North American International Auto Show 2013 pada Januari lalu.

Honda dikatakan menyewa ruang paling luas di TMS 2013. Justeru, sebagai tambahan, sejumlah model produksi massa akan dipamerkan termasuklah Accord Plug-in Hybrid dan Fit (Jazz) yang dilengkapi teknologi Earth Dreams.

231013-d-hon

Nantikan laporan lanjut mengenai barisan produk Honda di acara pemotoran berprestij tersebut di laman web ini. Tunggu….

[hr] Galeri 

231013-a-hon231013-f-hon231013-h-hon

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button