Modifikasi

MAZDA RX7 FC3S

Mazda ialah antara pengeluar kereta yang paling saya hormati di dunia. Walaupun namanya tidak sehebat Toyota atau segagah Ford, Mazda ialah sebuah syarikat yang berani mencuba benda baru. Mazda jarang mengambil jalan yang biasa diambil oleh pengeluar kereta lain. Inilah yang membuatkan jenama itu amat unik.

SONY DSC

Teknologi Mazda yang orang tidak akan lupa tentulah enjin rotari. Enjin yang mula diperkenalkan untuk model R100 ketika itu nyata satu revolusi dalam bidang pemotoran. Walaupun Mazda bukanlah syarikat yang mencipta enjin rotari, namun Mazda bertanggungjawab membawa teknologi baru itu ke pasaran dunia. Malah ia kekal menjadi satu-satunya pengeluar kereta di dunia yang memasarkan enjin rotari.

Model paling terkenal Mazda tentulah RX7 yang kali pertama ditawarkan ke pasaran pada tahun 1970-an bersama enjin rotari 12A. RX7 generasi pertama juga menjadi  model berenjin rotari pertama dijual di Malaysia secara rasmi.

SONY DSC

Dengan reka bentuk yang cukup sporty, RX7 generasi pertama merupakan salah sebuah kereta yang wajib dimiliki oleh playboy pada ketika itu. Dengan harga mencecah RM60,000 hanya playboy kaya saja yang mampu milikinya.

Model kedua, dikenali sebagai FC3S ialah model pertama RX7 yang menggunakan enjin 13B dengan sistem pengecas turbo. Enjin itu dibina selepas mengambil kira rungutan sesetengah pemilik enjin rotari yang mengadu daya kilas (tork) enjin rotari agak lemah. Jadi, pengecas turbo adalah penyelesaian untuk masalah tersebut.  

SONY DSC

RX7 milik G-man ini ialah model keluaran 1989, iaitu versi Series 5 yang merupakan model facelift untuk FC3S. Apabila G-Man membuka ruang enjin, saya tergamam. Terkejut melihat enjin 13B yang masih baru!

Sepanjang karier sebagai wartawan yang menulis pasal kereta ubah suai, saya tidak  pernah lagi tengok enjin 13B standard, selain dalam bentuk half-cut RX7 di kedai potong. Kalau anda peminat modifikasi, memang anda akan benci tengok enjin macam ini. Tetapi bagi kaki restorasi klasik, enjin macam inilah yang menjadi idaman. Sebabnya, kereta ini sudah berusia lebih 20 tahun, tetapi enjin macam baru keluar dari kedai!

SONY DSC

G-Man hanya menggantikan pam bahan api asal kepada pam bahan api Walbro. Manakala sistem ekzos pula diganti dengan sistem ekzos buatan custom berdiameter tiga inci. Itu sahaja, yang lain semuanya standard, hatta penapis udara pun dia guna  barang standard.

Memandangkan enjin kereta ini standard habis, kotak gearnya pun tidak diusik. Masih kekalkan kotak gear lima kelajuan manual dengan klac standard. Tahap standard RX7 itu berakhir di sini kerana G-Man telah menaik taraf sistem gantungan kereta.

SONY DSC

Untuk bahagian pengendalian kereta, G-Man menggantikan semua penyerap hentak asal dengan penyerap hentak Feeds jenis boleh laras sepenuhnya. Sebuah strut bar daripada jenama sama turut dipasang pada bahagian depan kereta.

Bagi saya rim dan tayarnya perlu ditukar. Rim standard RX7 ini bersaiz 15 inci,  mungkin cukup besar masa zaman 1980-an. Tetapi zaman sekarang, Proton Saga FLX keluar kilang pun guna rim 15 inci.

SONY DSC

Justeru, G-Man memilih rim Volk Racing TE37SL berdiameter 18 inci untuk RX7. Rim 18 inci itu memang nampak besar dan memenuhi ruang kosong bawah arca rodanya.  Tayarnya pula daripada Dunlop untuk bahagian depan (saiz 225/40/18). Bagi roda belakang, sepasang tayar Michelin digunakan. Saiznya ialah 255/40/18.

Sistem brek RX7 itu langsung tidak diusik. Alasannya, kalau enjin standard kilang, memang tak ekonomikal untuk berbelanja lebih membeli brek mahal. Rotor depan sahaja yang diusik oleh G-Man dengan menebuk lubang-lubang udara bagi menyejukkan cakera dengan lebih baik. Brek sejuk akan membrek dengan lebih baik berbanding brek yang terlalu panas – inilah teorinya.

SONY DSC

Sama macam enjinnya, bahagian luaran kereta dikekalkan standard RX7 Series V tanpa ada apa-apa perubahan atau penambahan. Cuma warnanya saja ditukar kepada warna kuning berbanding warna putih asalnya.

Di bahagian dalam, kereta itu dilengkapi set roll-cage custom untuk kegunaan jalan raya. Maksudnya, penumpang belakang masih boleh duduk di belakang dan palang roll-cage tersebut tidak mengganggu urusan keluar masuk kenderaan.

SONY DSC

Tempat duduk pemandu diganti dengan tempat duduk jenis bucket penuh buatan Bride dan stereng asal diganti dengan stereng Momo. Radio, meter-meter tambahan atau turbo timer tidak dipasang. Rileks pemandunya tidak dengar radio. Layan bunyi enjin lagi best agaknya.

[hr] Spesifikasi

Pembuat / Model: Mazda RX7 FC3S Series V

Enjin: 13B rotari turbo intercooler, pam bahan api Walbro

Sistem ekzos: Custom 3”

Kotak gear: Standard

Sistem gantungan: Feeds boleh laras

Rim / Tayar: Volk Racing TE37SL 18” / Dunlop 225/40/18 (depan), Michelin 245/40/18 (belakang)

Brek: Standard

Luaran: Standard

[hr] Galeri

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button