Buletin

FALKEN MALAYSIA TAJA INSENTIF PERCUTIAN. MUROYA JUARAI RED BULL AIR RACE CHIBA 2019

Sumitomo Rubber Industries, Ltd. dengan bangganya mengumumkan penajaan mereka untuk Red Bull Air Race Chiba 2019 menerusi jenama Falken.

Acara yang berlangsung pada 7-8 September di Makuhari Seaside Park (Mihama Ward, Chiba City) itu menyaksikan Falken turut menempatkan booth mereka untuk pameran.

Sebagai penaja rasmi perlumbaan, Falken Malaysia telah menganjurkan Falken Incentive Trip ke Red Bull Air Race Chiba 2019 untuk para pengedar terpilih.

Seramai 16 pengedar bertuah terpilih dan mereka akan berada di sana dari 5 hingga 9 September 2019. Mereka ditemani oleh wakil Stamford Tyres Malaysia, Ku Seng Yeow dan disambut oleh wakil Sumitomo Rubber Asia  (Tyre), Kondo San .

“Red Bull Air Race Chiba 2019” merupakan perlumbaan udara keempat dan terakhir dalam siri “Red Bull Air Race World Championship 2019”.

Sebagai penaja kebangsaan perlumbaan, Sumitomo Rubber Industries akan menempatkan sebuah booth pameran Falken di sana.

Mereka juga akan menempatkan kereta-kereta demo yang dilengkapi pelbagai varian tayar Falken berprestasi tinggi.

Selain kapal terbang lumba pasukan Falken yang diterbangkan oleh Yoshihide Muroya, satu-satunya juruterbang dari Asia yang bertanding dalam Master Class pada tahun ini.

Sebagai satu-satunya juruterbang dari Asia yang bersaing dalam Master Class, Red Bull Air Race World Championship, beliau berdepan cabaran getir apabila kalah pada pusingan pertama perrtandingan akhir itu.

Walau bagaimanapun, terima kasih kepada pencapaian baik dalam perlumbaan penghargaan sebelum ini, Muroya dapat mara ke pusingan kedua dan menang.

Beliau kemudian terus menunjukkan kemahiran menerbangkan pesawat pada kelajuan tinggi dan tepat sekali lagi dalam pusingan Final 4 untuk muncul juara pada Chiba Race. Sekali gus menjadikannya pelumba kedua dalam musim tahun ini.   

Disifatkan sebagai juruterbang yang luar biasa, kemahiran yang dimiliki Muroya telah membawa beliau untuk menyertai banyak pertandingan di seluruh dunia.

Faham tentang persamaan di antara juruterbang hebat dan imej jenama FALKEN, Sumitomo Rubber Group berbesar hati untuk menaja Muroya selama lima tahun berturut-turut.

Menerusi penajaan tersebut, ia dapat mempromosikan imej FALKEN yang muda dan penuh tenaga.

Perlumbaan Red Bull Air Race World Championship merupakan satu perlumbaan udara yang menuntut kombinasi aspek kelajuan, ketepatan dan skil juruterbang.

Menggunakan pesawat udara paling laju, lincah dan berprestasi tinggi, para juruterbang akan bertanding di lokasi-lokasi ikonik seluruh dunia sama ada di daratan mahupun lautan.

Kelajuan yang tinggi, altitud yang rendah dan kawalan ekstrem bermakna perlumbaan ini hanyalah untuk juruterbang-juruterbang terbaik dunia.

Terbang pada ketinggian beberapa meter dari permukaan bumi pada kelajuan yang mencapai 370 km/j, perlumbaan ini memang memerlukan tumpuan yang tinggi.

14 orang pelumba menyertai Master Class dan mereka mesti berada dalam keadaan terbaik untuk menahan bebanan setinggi 12G ketika terbang mencelah di antara kon-kon udara.

Perlumbaan ini diasaskan pada tahun 2003 dan diiktiraf oleh Federation Aeronatique Internationale (FAI).

Kejayaan yang berjaya dicapai pada perlumbaan ini merupakan satu impian setiap juruterbang elit. Sayang perlumbaan berprestij ini akan berakhir selepas tamat pusingan akhir di Chiba.

Google ads
Back to top button