Artikel Pilihan

YAMAHA TY-E ELEKTRIK – PROJEK SUKARELA R&D YAMAHA KE PERINGKAT DUNIA

Pada awal Februari lalu, Dorna Sports selaku penganjur MotoGP mengumumkan perlumbaan sokongan baharu dan suatu yang menarik motosikal lumba tersebut tidak menggunakan enjin.

Perlumbaan tersebut dipanggil FIM MotoE World Cup yang melibatkan motosikal elektrik sepenuhnya. Tiada enjin, yang ada ialah motor elektrik.

Dan bukan itu sahaja perlumbaan motosikal elektrik kerana ada satu lagi perlumbaan yang dipanggil FIM Trial-E Cup 2018. Perlumbaan ini pertama kali dianjurkan pada tahun lepas.

Sebelum itu perlumbaan Trial ialah di mana penunggang motosikal melalui pelbagai halangan seperti batu-batan tanpa menjejakkan kaki. Jika kaki memijak permukaan batu penunggang itu akan dikenakan penalti. Lagi banyak pijakan lagi banyak penalti.

Sukan trial ini paling popular di United Kingdom dan Sepanyol.

Untuk musim ini Yamaha Motor Co., Ltd. telah mengesahkan mereka telah membangunkan sebuah motosikal TY-E dan akan mengambil bahagian pada dua pusingan di Perancis dari 14 hingga 15 Julai dan di Belgium dari 21 hingga 22 Julai.

Penunggang yang menggalas tugas tersebut ialah Kenichi Kuroyama yang sekarang ini mewakili pasukan Yamaha Factory Racing Team dalam All Japan Trial Championship.

Satu yang menarik tentang TY-E Yamaha ialah projek ini sebenarnya dihasilkan dari program Evolving R&D. Program ini menggunakan lima peratus dari masa bekerja dalam jabatan penyelidikan dan pembangunan (P&P). 

Senang kata, projek TY-E ini hanya suka-suka dan di atas minat staf sendiri. Apabila bekerja dalam bidang kejuruteraan dan teknikal, projek suka-suka macam ini memang penting sebab boleh berseronok sambil mencabar minda dan bakat.

Sekarang dah lebih serius pula apabila projek ini sah diangkat ke perlumbaan trial elektrik dunia.

Di bawah ialah ciri-ciri Yamaha TY-E:

  • Motor putaran berkuasa tinggi saiz kompak – Mempunyai tork rendah yang berkuasa dan pecutan lanjutan
  • Teknologi kawalan motor dengan respon tinggi dan rasa kuasa tinggi dari julat kelajuan rendah hingga tinggi
  • Unit kuasa yang dilengkapi klac yang memberikan kawalan dan kuasa serta merta
  • Pek bateri berkuasa tinggi dengan saiz kompak dan ringan
  • Rangka monocoque CFRP dengan berat yang ringan pada masa yang sama kukuh
  • Badan yang slim dan tidak menggangu aksi pemandu semasa cabaran trial

Berdasarkan poin di atas rasanya dah boleh bayangkan bagaimana motosikal elektrik ini berfungsi. Rasa macam naik motosikal mainan anak-anak yang dikuasakan oleh bateri. Sekali tekan memang kuat juga perginya, tapi itu lah bunyi macam mesin elektrik.

BACA: TAHUKAH ANDA CEO BAHARU YAMAHA INI NAIK MOTOSIKAL APA?

BACA: YAMAHA XMAX 250CC KINI DI PASARAN, RM22.5K. INI PENCABAR MODENAS ELEGAN DAN SYM EVO

BACA: ABARTH DAN KAITANNYA DENGAN MOVISTAR YAMAHA MOTOGP SERTA VALENTINO ROSSI

Google ads
Back to top button