HONDA e:Ny1 DILANCARKAN DI EROPAH, JARAK GERAK 412KM, 201HP, HARGA SEKITAR RM168K
Honda baru-baru ini secara rasmi melancarkan kenderaan elektrik (EV) baharu di pasaran Eropah dengan nama e:Ny1 atau lebih mudah disebut sebagai ‘Anyone’.
Di bahagian dalam, terdapat skrin sentuh 15.1-inci, konsol tengah bersama butang fizikal dan port pengecasan tanpa wayar. Jika melihat secara keseluruhan, tema dalaman kabin ini sangat serupa dengan e:NP1 atau e:NS1 di pasaran China.
E:Ny1 dibina di atas platfrom e:N Architecture F dengan pacuan motor hadapan. Ia dibekalkan dengan pek bateri lithium-ion 68.8kWh yang menawarkan jarak gerak sehingga 412km(WLTP).
Menurut Honda, pek bateri berkenaan boleh dicas dari 10 ke 80 peratus hanya dalam masa 45 minit menerusi pengecas pantas DC.
Secara mekanikal, bateri tersebut disambungkan kepada unit pemacu kuasa bersepadu tiga dalam satu, motor elektrik serta kotak gear yang berupaya menjana kuasa 201hp dan tork 310Nm.
Honda e:Ny1 akan tiba di Eropah dalam masa terdekat dan boleh dimiliki pada anggaran harga bermula AS$37,500 (RM168,656).
GALERI: