HONDA UBAH ORGANISASI, SASAR LANCAR 30 MODEL EV MENJELANG 2030
Honda bakal melakukan perubahan organisasi berkuatkuasa 1 April 2023, dengan satu divisyen baharu akan melibatkan strategi elektrifikasi Honda dalam pembangunan kereta, motosikal serta produk kuasa lain.
Bagi memastikan kekal relevan di dalam industri automotif, terutamanya Honda agak ketinggalan dalam pengeluaran kenderaan elektrik, penstrukturan itu dilakukan supaya Honda dapat mencapai matlamat untuk melancarkan 30 model EV di seluruh dunia dan menghasilkan 2 juta EV setiap tahun menjelang tahun 2030.
Setakat ini, Honda dan Acura AS tidak menawarkan sebarang EV kepada pelanggan.
Honda hanya menjual dua model hibrid iaitu Accord dan CR-V dan kedua-duanya bukanlah jentera PHEV.
ZDX Acura dan Honda Prolog sedang dalam perancangan, tetapi kereta tersebut menggunakan asas GM. Selain itu, terdapat juga AFEELA, usaha sama Honda dengan Sony, tetapi banyak perkara perlu diperincikan berkenaan kenderaan elektrik tersebut.
Honda dilapor menjangkakan barisan kenderaannya di Amerika Utara dan China akan terdiri daripada kebanyakan kenderaan bersaiz sederhana hingga besar.
Manakala di peringkat global, Honda akan memberi tumpuan kepada kenderaan bersaiz kecil hingga sederhana.