
HONDA FILIPINA DEDAH TMX125 ALPHA BAHARU. HARGA BERMULA RM4,300
Honda Philippines Inc. (HPI) memperkenalkan jentera terbaharu, TMX 125 Alpha di pasaran negara terbabit.
Jentera terbaharu itu didatangkan dengan tiga warna pilihan hitam, merah (Candy Ruby Red) dan warna premium perak (Matte Armored Silver Metallic).
Dengan rekaan yang mendapat ilham café racer, ia dijual pada harga bermula Php51,400 (RM4,309.94).

TMX 125 Alpha memiliki dimensi 1,904 mm panjang, 754 mm lebar dan ketinggian 1,026 mm malah tempat duduk yang agak rendah bagi memudahkan tunggangan.
Motosikal itu menggunakan enjin empat lejang Over Head Valve (OVC) 125cc dipadankan transmisi manual lima kelajuan.

Ia mampu menjana kuasa maksimum 9.6hp pada 8,000rpm dengan tork maksimum 9.1Nm pada 6,500rpm.
Selain itu, TMX 125 Alpha didatangkan tangki bahan api 8.6 liter, tahap ekonominya berada pada paras 62.5 km/l pada 45 km/j. – Honda Filipina