Motosikal

WINNER X MOTOSIKAL KE-30 JUTA HONDA DI VIETNAM!

Honda Vietnam Co. Ltd. ditubuhkan pada Mac 1996 dan sejak dari itu Honda telah mencapai pelbagai kejayaan cemerlang dengan yang terbaru jumlah pengeluaran motosikal mencecah 30 juta unit!

Pencapaian itu diumumkan pada 29 Oktober 2020.

Unit pengeluaran ke-30 juta adalah Winner X yang bukan sahaja mewakili pencapaian operasi Honda di Vietnam tetapi juga kejayaan syarikat selepas bertahun-tahun di sana.

Honda Vietnam ditubuhkan pada tahun 1996 sebagai pengilang motosikal dan syarikat jualan dan mula mengeluarkan motosikal pada Disember 1997.

Bagi memenuhi permintaan pelanggan domestik dengan lebih baik, program pengeluaran dan jualan penyetempatan (localization) dikembangkan sehingga mempunyai tiga kilang pengeluaran motosikal dan pusat alat ganti.

Pencapaian Honda Vietnam sudah bermula lama dahulu dan berjaya mengekalkan momentum sehingga sekarang.

Pada Julai 2008 pengeluaran motosikal mencecah lima juta unit, sepuluh juta unit pada September 2011 dan terus meningkat kepada 20 juta unit pada September 2016.

Honda Vietnam Co. Ltd. merupakan subsidiari Honda di Vietnam dan turut mengeluarkan kereta penumpang. Kapasiti pengeluaran adalah sebanyak 2.5 juta unit motosikal dan 23 ribu unit untuk kereta.

Sekitar 10 ribu pekerja berkhidmat dengan Honda Vietnam Co. Ltd. yang merangkumi bidang pengeluaran motosikal, kereta, jualan dan servis.

Motosikal yang dikeluarkan di sana ialah Wave Alpha, Blade, Wave RSX, Future, Winner X, Vision, Air Blade, Lead, SH, Sh Mode dan dua model kereta penumpang iaitu City dan CR-V.

BACA: HONDA RIDGELINE 2021 – LEBIH RUGGED DAN MACHO!

BACA: HONDA FIT B-SPEC CONCEPT DARI HPD UNTUK LITAR LUMBA

BACA: APA YANG BARU PADA HONDA CBR600RR 2020?

Kredit foto: Honda

Google ads
Back to top button