Motosikal

KASMA DANIEL SAH AKAN KE ARRC, MUNGKIN CUB PRIX JUGA

Bekas pelumba Moto2 negara, Kasma Daniel Kasmayudin mengakui bahawa 2020 merupakan tahun yang mencabar berikutan prestasinya dalam kancah MotoGP kurang memberangsangkan.

Bagaimanapun, Kasma berkongsi dia akan mewarnai kancah sukan permotoran musim 2021 apabila mengesahkan mempunyai pasukan dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) dan kemungkinan Cub Prix.

Kasma sebenarnya sudah meletak sasaran untuk berlumba dalam ARRC bersama Yamaha Motor Corporation (YMC). Namun, bagi Kejohanan Motosikal Eropah (CEV), pihaknya sudah terlepas tarikh pendaftarannya. Manakala kedudukannya  dalam Cub Prix masih belum sahkan lagi.

“Saya ingin masuk dalam dua kategori bagi membantu keluarga (kewangan),” kata bekas juara CP150 itu dalam wawancara maya bersama Astro Arena semalam.

Kasma akan berdepan cabaran baru dalam ARRC apabila beralih ke kategori 1000cc berbanding 600cc. Tetapi itu bukan penghalang untuknya mencipta kejutan.

“Saya mahu bersaing dengan pelumba berpengalaman seperti Azlan Shah Kamaruzaman dan Zaqwan Zaidi. Saya akan kutip pengalaman secara berperingkat dan terus belajar.

“Sudah tiba masanya, saya akan tunjukkan sesuatu,” kata Kasma. – Astro Awani

Google ads
Back to top button