Modifikasi

HONDA FIT Modulo TYPE-WW

Amatlah payah dalam industri automotif untuk kita melahirkan satu model yang benar-benar segar dan baru. Maksud saya, model dengan konsep yang menghasilkan revolusi. 

DSC_0271

Revolusi boleh terjadi dalam banyak terma. Idea-idea yang revolusi selalunya akan jadi dua benda. Sama ada kereta tersebut sangat laku atau gagal terus. Contoh terbaik ialah Proton Juara. Walaupun Mitsubishi Town Box ideanya bagus, MPV kecik yang slim dan ekonomikal, tetapi dari segi praktikalnya tidak. Juara tidak sesuai di Malaysia, tidak laku dan menjadi projek paling bingai yang pernah Proton buat.

Jazz adalah idea yang revolusi. Cuba anda fikir, di sebuah negara yang ada berjuta-juta jenis kereta, macam mana nak jadikan ia berjaya dan laku? Berjaya di Jepun maksudnya boleh berjaya di seluruh dunia.

DSC_0266

Di Jepun, macam-macam idea jurutera ketengahkan. Contohnya, kereta kompak dengan sliding door sebelah, kereta K-Car dengan bumbung soft top, roadster saiz supermini macam Daihatsu Copen, roadster kompak dengan enjin FR macam Mazda Miata dan macam-macam lagi.

Jadi apa yang revolusinya Jazz ini? Saiz dan ruang. Honda berjaya membuat sebuah kereta yang bukan sahaja comel reka bentuknya, malah praktikal dari segi ruangnya.

DSC_0282

Ruang itu lahir daripada pengagihan ukuran maksimum pada bahagian kaki, rekaan cermin dan kelegaan kepala. Saiz itu juga diperoleh kerana tangki minyak yang diletakan di bawah tempat duduk depan dan rekaan H beam belakang yang menjimatkan ruang.

Stereng berkuasa elektrik dan transmisi CVT menambah kepada pakej revolusi tadi. Sebagi bonus, kereta ini direka dengan bentuk yang cukup kemas. Tiada cacat cela langsung pada garis badannya. Maka tidak hairanlah jika ia menjadi kereta pertama yang memintas jualan Corolla. Pada tahun pertamanya dilancarkan di Jepun, 9 bulan pertama kereta ini duduk di ranking paling atas. Ya. Inilah kereta revolusi yang berjaya.

DSC_0269

Kereta ini milik saudara Yie dari Pasir Puteh Kelantan yang merupakan seorang peminat Honda. Sebelum ini dia memiliki sebuah Civic EK perang. Apabila dah bosam, pencen dan guna kereta yang lebih praktikal. Sebabnya, dia ada bisnes workshop, kedai tayar dan banyak bergerak setiap hari.

Bampar depan dan belakang kereta telah digantikan dengan model Fit GD3 Type-W. Lips depan dan belakang pula daripada model Modulo Type XX, side skirt sama dari Modulo Type XX. Spoiler dipasangkan dari model Fit Type S, sama dengan cermin sisi Type S dan door visor jenis rata daripada Honda Access. Akhir sekali, lampu depan digantikan dengan model facelift sementara lampu belakang dari model Fit generasi paling akhir yang mana lensanya jernih dan paling mahal dalam keluarga GD.

DSC_0274

Mungkin nama macam Type W, XX, YY dan ZZ agak asing bagi ramai orang. Saya pun baru tahu pasal jenis-jenis kit Modulo ini selepas mencari barang Odyssey. Dalam satu generasi (pre facelift atau facelift) Modulo buat banyak pilihan pada pembeli khusus pada model yang laku tak ingat macam Jazz ini.

Cukup setakat bodykit? Tidak. Walaupun kereta ni asalnya sebuah model 1.5 VTEC yang boleh dikatakan top of the range ketika dilancarkan dulu, enjinnya telah diganti kepada 1.5 VTEC JDM dengan transmisi manual. Menukar semua enjin dan transmisi sebenarnya lebih senang dari mengahwinkan kotak gearnya sahaja.

DSC_0289

Semuanya boleh disalin terus. Daripada enjin, suspensi hinggalah papan pemuka dan pendawaian. Malah, enjin Jepun ini banyak yang kondisinya masih lebih baik dengan perbatuan rendah.

DSC_0284

Penyalinan half-cut GD3 manual kepada Jazz ini dibuat menyeluruh pada suspensi (yang kemudiannya dikahwin dengan spring RSR), brek GD3 depan belakang dengan pad Runstop, stereng jenis manual dan konsol gear tengah. Salinan ke bahagian dalam yang kelihatan ialah knob Skunk2, tempat duduk, kulit pintu Fit Type S dan panel pintu jenis silver JDM.

[hr]SPESIFIKASI

Model: Honda Jazz / 2006

Enjin: Honda Fit GD3 VTEC 1.5 manual, Port & Polish, throttle body Spoon, J’s Racing Oil Cap, J’s Racing radiator Cap, open pod air cleaner, ekstraktor Mugen 4-1, 5zigen B-Pipe, Muffler HKS

Transmisi: Manual 5 kelajuan, Lighten Flywheel, klac Exedy Super Single

Suspensi: Absorber Honda Fit, Spring RS*R

Brek: Honda Fit Depan Belakang, Pad Brek Runstop

Rim: Volk Racing CE28 2pcs Gold 15

Dalaman: Semua JDM termasuk stereng MT, Meter 180KM Fit, gear knob Skunk2, seat depan belakang & kulit pintu JDM Type-S, panel pintu versi Silver JDM

Luaran: Bampar depan belakang Fit GD3 Type-W, skirt depan Modulo Type-XX, skirt belakang Modulo Type-XX, side skirt Modulo Type-XX, spoiler Fit Type-S, cermin sisi Type-S, Honda Access Flat Door Visor, lampu depan Fit facelift, lampu belakang Fit versi clear lens

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button