
TOYOTA CAMRY 2.0G X 2014
UMW Toyota Motor baru-baru ini mengumumkan harga dan pengambilan tempahan untuk varian terbaharu Toyota Camry 2.0G X berkuat-kuasa mulai 17 Mac 2014.
Toyota Camry 2.0G X sememangnya menawarkan opsyen tambahan buat para pelanggan yang mahukan sebuah Camry yang berbeza dari segi penampilan dan rasa berbanding varian popular 2.0G.
Varian Toyota Camry 2.0G X hadir dengan kombinasi tempat duduk kulit berwarna coklat, penghadang cahaya matahari pada tingkap dan cermin belakang. Ia juga dilengkapi sistem navigasi dengan kamera undur, rim aloi bersaiz 17 inci berwarna perak gelap, serta perumah lampu utama dan belakang yang digelapkan.
Harga Toyota Camry 2.0G X (di atas jalan):
Maklumat lanjut mengenai varian baharu Toyota Camry 2.0G X dan warna, sila kunjungi mana-mana pusat jualan Toyota, hubungi Toyota Malaysia di talian percuma: 1-800-8-TOYOTA (869682) atau layari laman web: www.toyota.com.my