
Buletin
TUN DR MAHATHIR LETAK JAWATAN SEBAGAI PENGERUSI PROTON
Proton Holdings Berhad (PROTON) mengumumkan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Proton berkuatkuasa serta merta. Pada masa sama beliau juga meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Group Lotus plc, anak syarikat milik penuh PROTON.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Proton, pengeluar syarikat kenderaan tempatan itu menghormati keputusan Tun Dr Mahathir untuk berundur.
“Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan, komitmen dan dedikasi beliau sebagai Pengerusi sejak 2014 dan juga sebagai Penasihat sejak tahun 2003.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih dan mengiktiraf peranan Tun sebagai pencipta syarikat kereta nasional,” kata pihak Proton.