Buletin

HONDA HR-V FACELIFT UNTUK SPESIFIKASI EROPAH (SPEC ASIA LAGI CANGGIH RUPANYA)

SHARE
Toyo Tyre – Mrec – Desktop

Honda meneruskan pembaikan ke atas SUV su kompak mereka  yang paling berjaya setakat ini. Bagi spesifikasi Eropah Honda membuat beberapa pembaharuan yang signifikan.

Pembaikan di bahagian luar mengikut jejak langkah model spesifikasi AS, ditambah beberapa perubahan kecil di bahagian hadapan, seperti lampu kabus bulat.

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

Berbanding dengan model Asia, Honda HR-V yang diperbaharui untuk eropah ini mempunyai panel krom hitam berkilat di atas gril, “corong” pengambilan udara yang lebih mendalam di bahagian bampar, dan lampu sorot projektor dengan DRL LED yang direka bentuk semula sebagai peralatan standard.

BACA: HONDA HR-V ELEKTRIK UNTUK CHINA

Spesifikasi tinggi memperolehi unit pencahayaan penuh LED, dengan lampu belakang mendapat kesan gelap (smoked).

Spec tinggi juga mendapat roda aloi 17-inci baru dan paip ekzos dengan kemasan krom. Pelanggan juga boleh memilih satu daripada lapan warna luaran, termasuk Midnight Blue Beam Metallic yang baru.

Di bahagian dalam, 2019 Honda HR-V dilengkapi dengan kerusi depan direka bentuk semula, bahan berkualiti tinggi untuk upholsteri kain  dan salutan kulit penuh bagi spesifikasi tinggi.

Model Eropah hanya mendapat unit 1.5 liter N/A yang menghasilkan 130ps (128hp / 96kW) dan tork 155Nm (114lb-ft). Ia kemudiannya digandingkan dengan kotak gear enam kelajuan MANUAL atau CVT sebagai pilihan.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button