Buletin

SYARIKAT PEMULA EV, RIVIAN DAN LUCID HARAP ADA SINAR UNTUK TAHUN 2023 – JANGAN SAMPAI PELABUR LARI!

Selepas tahun 2022 yang mencabar dengan kekangan rantaian bekalan, halangan pengeluaran dan kejatuhan saham, syarikat pemula EV seperti Rivian, Lucid serta jenama lain pastinya berharap ada sinar pada tahun 2023.

Tahun 2023 adalah tahun paling penting untuk jenama ini memperoleh keuntungan. Setidak-tidaknya meyakinkan pelabur untuk bersabar dan percaya pada proses sedang dijalankan untuk mendapatkan kejayaan, terutamanya apabila jenama seperti Ford serta GM telah memasuki pasaran.

Sudah tentu, syarikat pemula pastinya menuding jari kepada gangguan industri menyebabkan mereka sukar bersaing pada tahun 2022.

“Apabila tekanan pada rantaian bekalan semakin berkurangan, pelabur boleh menunjuk kepada General Motors dan berkata, ‘Mereka membina tanpa masalah, mengapa anda tidak boleh?’” kata Naib Presiden AutoForecast, Sam Fiorani.

Semasa pendedahan pendapatan suku tahunan, eksekutif di Rivian dan Lucid memberi amaran kepada pelabur bahawa akan ada lebih banyak masalah menjelang 2023.

Sebagai contoh, Rivian sebelum ini menghadapi kesukaran apabila bergelut dengan bilangan kenderaan dihasilkan pada Q4 berbanding penghantaran. Antara masalah dihadapi ketika itu adalah perubahan jadual pengeluaran dan menukar jenis pengangkutan kerana jangkaan kelembapan.

Sehubungan itu, harga saham pemula EV telah merosot sebanyak 80 peratus sejak awal tahun lepas. Apabila pelabur mula menjauhkan diri, masalah tunai akan menghantui syarikat pemula.

Walau bagaimanapun, terdapat titik terang untuk permulaan tahun ini, sekiranya syarikat pemula EV dapat mengurangkan pengeluaran dan menjimatkan wang tunai.

Rivian melaporkan pada Selasa, mereka telah menurunkan sasaran. Sebelum ini, Rivian menyasarkan untuk membina 25,000 kereta elektrik pada 2022. Tetapi, Rivian hanya membina 10,020 kenderaan pada suku keempat untuk menamatkan tahun 2022 dengan 24,337 unit pengeluaran.

Sementara Lucid yang masih belum mengeluarkan penghantaran Q4, menurunkan sasaran pengeluarannya dua kali dan menghasilkan 3,687 unit dalam tempoh tersebut. Lucid hanya menghantar kira-kira 66 peratus daripada unit yang dihasilkan.

Jika syarikat pemula ingin berjaya dan mendapatkan semula kepercayaan pelabur, mereka perlu mengambil pendekatan lebih drastik terutama dalam menentukan sasaran pengeluaran pada 2023. Jika tidak, pelabur akan hilang sabar sekaligus menyukarkan lagi keadaan mereka.

Google ads
"
"
Back to top button