Buletin

HONDA JENAMA PALING PANTAS BERKEMBANG DI EROPAH PADA TAHUN 2016

Honda sah menjadi jenama kereta paling pantas berkembang di benua Eropah pada tahun 2016.  

Data terkini daripada Persatuan Pengilang Kenderaan Eropah (ACEA) mendedahkan bahawa jualan keseluruhan Honda di negara Kesatuan Eropah (EU) dan Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) pada tahun lalu adalah sebanyak 159,126 unit. Ini merupakan kenaikan 20.8 peratus berbanding tempoh sama pada tahun 2015.

Pertumbuhan Honda mengatasi perkembangan pasaran kenderaan penumpang EU secara keseluruhannya yang menyaksikan peningkatan hanya 6.8 peratus.

Prestasi kukuh itu dipacu oleh permintaan hangat ke atas produk seperti HR-V. HR-V jelas menjadi penyumbang utama apabila mencatat jualan 34,921 unit di Eropah. Jualan Jazz pula naik 26 peratus, berikutan pelancaran model baharu itu dengan pendaftaran keseluruhan 39,613 unit di pasaran EU dan EFTA.

BACA: KENAPA RAMAI SANGAT NAK BELI HONDA HR-V? 

Civic Type-R menjadi model Civic paling laris engan kenaikan jualan sebanyak 47,300 unit pada tahun 2016, naik 4.9 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Honda menyaksikan pertumbuhan jualan di lima pasaran utama Eropah iaitu United Kingdom (UK), Jerman, Perancis, Itali dan Sepanyol. Itali menjadi pasaran dengan pertumbuhan paling tinggi, 98 peratus. Sekali gus menjadikannya sebagai pasaran ketiga paling besar buat Honda di Eropah.

Pertumbuhan yang kukuh juga dapat dilihat di pasaran Eropah lain seperti Finland (+47.7%), Portugal (+38.6%) dan Hungary (+58.1%).

Terima kasih atas pengenalan produk pada akhir tahun 2015, jualan Honda semakin meningkat pada tahun 2016 di hampir semua pasaran.

BACA: BERITA BAIK – HONDA CIVIC TYPR-R DATANG DENGAN TRANSMISI MANUAL SAHAJA

“Jualan cukup memberangsangkan terutama untuk model Civic dan kami yakin momentum ini dapat diteruskan pada tahun 2017,” kata Pengurus Besar Divisyen Automobil Honda Motor Europe, Jean-Marc Streng.

Prestasi jualan itu banyak dibantu oleh pengumuman berita penting sepanjang tahun lalu. Ini termasuklah pengenalan Civic Hatchback Prototype pada acara Geneva Motor Show 2016 serta produksi untuk pasaran AS dimulakan pada Ogos di kilang Honda UK Manufacturing (HUM) di Swindon, UK.

HUM merupakan hab pengeluaran global Civic hatchback baharu yang bakal dieksport ke lebih 70 buah negara di seluruh dunia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button