Buletin

HONDA KEMBALI SERTAI F1

Honda bakal kembali memeriahkan saingan Formula One selepas mengesahkan kerjasama dengan MacLaren sebagai pembekal enjin. Honda menarik diri daripada sukan berprestij itu pada akhir tahun 2008 ketika dunia berdepan krisis kewangan. 

Berikutan perubahan enjin yang besar untuk musim F1 akan datang iaitu daripada enjin 2.4 liter V12 kepada 1.6 liter V8, Honda menyifatkan ini merupakan masa terbaik untuk ia kembali beraksi.

010305-41-hon

McLaren dan Honda telah membentuk antara kerjasama paling berjaya dalam sukan F1 bermula tahun 1988 hingga 1992 apabila mereka memenangi 44 gelaran Grand Prix dan lapan kejohanan dunia dalam tempoh yang singkat itu.

Kerjasama ini sekali gus menamatkan kerjasama bekalan enjin McLaren dengan Mercedes yang bermula dari tahun 1995. Sehingga kini, mereka berjaya memperoleh 78 kemenangan dan tiga kejuaraan pemandu.

160513hon

Walaupun Honda tidak mencatat banyak kejayaan dengan pasukan sendiri dari tahun 2006 hingga 2008, kembalinya Honda menjadi elemen penting buat McLaren.

“Saya teruja untuk mengumumkan bahawa Honda dan McLaren akan memulakan lembaran baharu dalam lagenda kerjasama Formula One kami. Ia merupakan kerjasama yang sinonim dengan kejayaan.

38925hon

“Buktinya pada tahun 1998, kami telah membina jentera F1 paling berjaya dengan 15 kali kemenangan grand prix menerusi pemandu Ayrton Senna dan Alain Prost. Justeru, kami ingin mengembalikan kegemilangan lampau dan membawa McLaren-Honda kembali ke puncak,” kata Whitmarsh. – Herts & Essex Observer

[hr] Galeri

010305-37-hon52345hon140911-a-hon160513hon-a160513hon-d087809400_1242923606

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button