Buletin

HONDA MALAYSIA SERAH CITY SPORT HYBRID i-DCD KEPADA PELANGGAN PERTAMA DI ASEAN, ANJUR KEMPEN T3ST DRIV3 R3WARDS 

Honda Malaysia hari ini meraikan Wilson Wong, pelanggan pertama Honda City Sport Hybrid i-DCD di Asia Tenggara (ASEAN) di pengedar Honda, Tenaga Setia Resources Sdn. Bhd., Petaling Jaya, Selangor. 

Penyerahan istimewa itu dibuat kurang sebulan selepas City Hybrid baharu dilancarkan di Malaysia. Malaysia merupakan satu-satunya negara selain Jepun yang memperkenalkan sistem Sport Hybrid i-DCD, sekali gus menyokong strategi Honda Malaysia untuk fokus ke atas teknologi termaju generasi seterusnya.

Dua model Sport Hybrid itu menjadi satu-satunya model hibrid yang ditawarkan bawah RM90,000 di Malaysia. Maka tidak hairanlah jika ia sangat menarik dan ideal untuk pelanggan yang mahukan sebuah kenderaan seronok dipandu serta memiliki prestasi sporty. Di Jepun, Honda telah menjual hampir 865,000 unit kenderaan hibrid yang dilengkapi sistem i-DCD.

“Saya mahukan sebuah kereta yang mesra keluarga dan mampu menawarkan prestasi pemanduan sporty. Saya sangat teruja apabila mendapat tahu bahawa Honda Malaysia memperkenalkan City Hybrid baharu.

“Ia sememangnya memenuhi keperluan saya dari segi ruang, ciri keselamatan, jimat bahan api dan sesuai untuk kegunaan harian. Selepas pandu uji, saya semakin kagum dengan teknologi termaju yang ada padanya. Saya juga gembira dengan kereta baharu ini dan servis yang disediakan oleh Tenaga Setia Resources,” kata Wilson.

Sebagai penghargaan, Honda Malaysia turut menyerahkan tiket 2017 Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix yang bakal berlangsung pada Oktober depan dan pakej aksesori Modulo bernilai RM5,070 kepada Wilson.

“Selain model-model lain Honda, City dan City Sport Hybrid jelas diterima baik oleh rakyat Malaysia. Kami ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dan keyakinan mereka terhadap jenama Honda,” kata Naib Presiden Kumpulan Honda Malaysia, Akkbar Danial.

Sejak dilancarkan pada Mac lalu, City dilihat berjaya mengukuhkan posisinya selaku peneraju segmen B apabila mencatat jualan lebih 11,000 unit dalam masa hanya empat bulan. Rekod ini konsisten dengan populariti City yang sudah terjual lebih 260,000 unit sejak diperkenalkan secara rasmi pada tahun 2001.

Daripada tiga varian yang ditawarkan, varian E paling popular apabila mewakili 40 peratus jualan, diikuti oleh varian V (39 peratus) dan varian S (21 peratus). Lebih 31 peratus pelanggan sukakan warna Modern Steel Metallic. Manakala 28 peratus memilih warna putih mutiara.

Bagi meraikan kejayaan pelancaran Honda CR-V serta penyerahan pertama City Hybrid dan Jazz Hybrid, Honda Malaysia kini menganjurkan kempen T3ST DRIV3 R3WARDS bermula 18th – 31 Ogos 2017.

Pelanggan yang memandu uji mana-mana model CR-V 1.5L Turbocharged Premium, Jazz Sport Hybrid i-DCD dan City Sport Hybrid i-DCD di 91 pengedar sah Honda layak untuk menyartai kempen ini secara automatik.

Seramai 300 pemenang cabutan bertuah kempen tersebut bakal memenangi baucar tunai bernilai RM300 setiap seorang.

Maklumat lanjut mengenai City Hybrid atau kempen T3ST DRIV3 R3WARDS, sila kunjungi pengedar sah Honda di seluruh negara, hubungi nombor tol percuma Honda di talian 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my.

Google ads
Back to top button