Buletin

HONDA MALAYSIA PANGGIL SEMULA 28,399 UNIT KENDERAAN UNTUK GANTI INFLATOR BEG UDARA PENUMPANG HADAPAN

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa ia memanggil semula 28,399 unit kenderaan untuk menggantikan inflator beg udara Takata penumpang hadapan.  

Langkah itu melibatkan model Honda City, Jazz, Jazz Hybrid dan Insight buatan tahun 2013.  

Sehingga Mac 2018, Honda Malaysia telah menggantikan inflator beg udara Takata penumpang hadapan pada lebih 223,000 unit kenderaannya yang mewakili nisbah 84 peratus.

Jumlah keseluruhan penggantian inflator beg udara Takata pemandu dan penumpang hadapan ialah 435,000 unit atau 77 peratus.

Honda Malaysia menegaskan bahawa semua model yang dijual sekarang tidak terlibat dalam proses panggilan tersebut.

Setakat hari ini, tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan melibatkan inflator beg udara Takata penumpang hadapan di Malaysia.   

Honda Malaysia akan menghubungi semua pelanggan yang terlibat menerusi surat. Pelanggan diminta mengunjungi pengedar Honda terdekat untuk membuat pemeriksaan dan penggantian secara percuma.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau hubungi talian tol percuma Honda: 1-800-88-2020.

Google ads
Back to top button