Buletin

TOYOTA ECO YOUTH 2018 – BERI TUMPUAN KEPADA PROJEK PENGURUSAN SISA BUANGAN

UMW Toyota Motor hari ini melancarkan Program Toyota Eco Youth 2018 (TEY) bagi edisi ke-18 yang bermatlamat mendidik para peserta berkaitan amalan terbaik dalam pengurusan sisa buangan.

Pelajar-pelajar dari 12 buah sekolah akan dilatih untuk menyelesaikan masalah mendepani isu-isu pemuliharaan alam sekitar.

Aktiviti latihan selama tiga hari telah diadakan sebelum majlis pelancaran berlangsung, menyaksikan pesertanya didedahkan kepada Iapan langkah dan kaedah penyelesaian masalah yang diamalkan oleh Toyota.

Majiis pelancaran ini menjadi penanda bermulanya program Toyota Eco Youth 2018. Para peiajar perlu mengenai pasti projek yang ada hubung kait dengan pengurusan sisa buangan di sekitar komuniti mereka.

Kerja-kerja kaji selidik dan aktiviti-aktiviti berkaitan penyelesaian yang dicadangkan dijangka mengambil masa tiga bulan untuk diselesaikan. lni diikuti dengan penilaian akhir projek pada Ogos depan. 

Para pemenang akan ditentukan berdasarkan penilaian berterusan projek yang dijalankan. Sekoiah-sekolah yang terlibat berpeluang untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, RM7,000 dan RM5,000 bagi tempat pertama hingga ketiga.

Hadiah sebanyak RM1,000 ditawarkan bagi kategori-kategori seperti Pembentangan Projek Terbaik, Pameran Terbaik dan Laporan Biog Terbaik. Dua orang guru penasihat bagi projek yang terpiiih juga akan menerima RM500 sebagai menghargai usaha dan sokongan yang diberikan.

Tema “Pengurusan Sisa Buangan” tahun ini memberi penekanan terhadap koordinasi dengan agensi kerajaan, masyarakat setempat dan kelompok berkepentingan awam. Ia bagi memupuk amalan terbaik dengan meminimumkan sisa buangan serta mengurusnya agar dapat memberikan kesan yang minimum terhadap alam sekitar.

Toyota Eco Youth dianjurkan sebagai acara tahunan dengan kerjasama dan sokongan daripada Kementerian Pendidikan sejak 2001. UMW Toyota Motor telah membelanjakan hampir RM7juta bagi program ini sejak mula dianjurkan.

Diperingkat global, Toyota Motor Corporation telah memperkenaikan “Toyota Environmental Challenge 2050”, yang telah mengenal pasti enam masalah utama aiam sekitar yang perlu diselesaikan dalam tempoh tiga dekad akan datang. 

Ini termasuklah pengurangan C02, penggunaan air secara optimum, membentuk masyarakat yang mengamalkan kitar semula dan budaya hidup yang mesra alam.

Google ads
Back to top button