Buletin

HONDA MALAYSIA PERKENAL MINYAK ENJIN SP GRADE BAHARU

Honda Malaysia komited untuk terus memberi perlindungan terhadap enjin apabila memperkenalkan minyak enjin baharu, SP Grade kepada pelanggan.

Minyak enjin itu merupakan sebahagian daripada usaha Honda Malaysia untuk menawarkan perkhidmatan selepas jualan yang berkualiti tinggi. Justeru, minyak enjin SP Grade membolehkan enjin kenderaan Honda memberikan prestasi dan penjimatan bahan api yang terbaik.

Minyak tersebut akan menggantikan rangkaian minyak sedia ada iaitu SN Grade kecuali SN 0W-30  Fully-Synthetic yang masih digunakan untuk jentera berprestasi tinggi seperti Civic Type R.

Rangkaian minyak enjin baharu terdiri daripada SP 10W-30 (Mineral), SP 5W-30 (Semi-Synthetic), SP 0W-20 (Fully-Synthetic) dan SN 0W-30 (Fully-Synthetic).

Sesuai untuk digunakan pada hampir semua enjin petrol dan turbo, minyak enjin SP Grade disarankan oleh pasukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Honda. Ia diformulasi untuk memenuhi keperluan enjin Honda dan piawaian American Petroleum Institute (API).

Minyak tersebut dapat meningkatkan perlindungan daripada pre-ignition pada kelajuan rendah (LPSI) dan pembakaran tidak normal yang boleh merosakkan enjin.

Minyak SP Grade berfungsi melindungi rantai pemasaan daripada haus. Ia juga menambah baik aspek perlindungan pembentukan deposit pada piston dan pengecas turbo. Selain menawarkan kestabilan oksidasi serta melindungi sistem kawalan emisi.

Untuk maklumat lanjut mengenai minyak enjin baharu ini, pelanggan boleh mengunjungi mana-mana 102 pengedar sah Honda, hubungi talian tol percuma 1-800-88-2020, layari laman web www.honda.com.my atau muat turun aplikasi  HondaTouch.

Google ads
Back to top button