
TAK SAMPAI SETAHUN, CEO VINFAST DAH LETAK JAWATAN
Syarikat pengeluar kenderaan, VinFast dijadual bakal memperkenalkan tiga kenderaan elektrik (EV) pada pameran Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, syarikat terbabit akan melakukan pendedahan berkenaan tanpa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Michael Lohscheller.
Ia berikutan Lohscheller yang dilantik pada Julai lalu telah meninggalkan pemibikin kenderaan itu dengan alasan “sebab peribadi” sekali gus mengejutkan industri automotif.

Beliau memiliki pengalaman luas dalam industri automotif malah pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden Kumpulan Volkswagen Amerika sebelum menjadi CEO Opel diberi tanggungjawab menjadikan VinFast sebagai syarikat kereta elektrik pintar global.
Dalam satu kenyataan Lohscheller memberitahu ia merupakan satu penghormatan untuk berkhidmat dengan VinFast dan para pekerja.
Beliau menambah, syarikat berkenaan bakal menjadi jenama EV yang berjaya pada peringkat global.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan hala tuju baharu bekas CEO VinFast tersebut.
Lohscheller diganti Naib Pengerusi VinFast, Le Thi Thu Thuy yang akan bertanggungjawab menyelia aktiviti perniagaan VinFast dalam pasaran semasa serta menerajui aktiviti tinjauan pasaran dan mengembagkan pasaran berpotensi lain di seluruh dunia. – carscoops
- BACA: BENGANG DIKECAM, VINFAST LAPOR YOUTUBER KEPADA POLIS
- BACA: VINFAST MAHU IPO DI AS. NILAI SYARIKAT BOLEH MENINGKAT MENJADI RM247.6 BILION
- BACA: VINFAST LANCAR SUV MEWAH PRESIDENT DI VIETNAM. V8 6.2L, TERHAD 500 UNIT, BERMULA RM678K
- BACA: VINFAST BELI LITAR UJIAN LANG LANG MILIK GM HOLDEN DI AUSTRALIA