Buletin

HONDA MALAYSIA SASAR JUALAN 80,000 UNIT UNTUK TAHUN 2022. NAIK 50% BERBANDING 2021 

Dalam satu majlis media semalam, Honda Malaysia mengumumkan hala tuju strategik perniagaannya untuk tahun 2022 dengan menetapkan sasaran jualan sebanyak 80,000 unit kenderaan pada tahun ini. 

Angka itu merupakan kenaikan sebanyak 50 peratus berbanding apa yang telah dicapai sepanjang tahun 2021. Sasaran tersebut dilihat realitik berikutan pembukaan semula ekonomi dan pelancaran model-model baharu yang menarik. 

Momentum jualan banyak dibantu oleh pengenalan model City Hatchback pada Disember 2021 dan Civic serba baharu pada bulan lalu. 

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata pihaknya mahu mengembangkan lagi aplikasi teknologi hibrid e:HEV, pakej RS, enjin VTEC turbo, Honda SENSING dan Honda CONNECT ke dalam model-model Honda akan datang. 

Chujo juga menyatakan bahawa Honda Malaysua mengekalkan kedudukan No. 1 dalam segmen kenderaan bukan nasional selama lapan tahun berturut-turut sejak tahun 2014. Buktinya, ia mampu mencatat jualan memberangsangkan sebanyak 53,031 unit pada tahun 2021 yang disifatkan sebagai sangat mencabar. 

Wilayah tengah menjadi penyumbang utama kepada jumlah jualan tersebut dengan lebih 25,000 unit, diikuti oleh kawasan Utara (lebih 9,800 unit) dan Utara dengan 9,100 unit.

Dari segi model pula, City, HR-V dan CR-V terus menjadi pilihan pengguna apabila menyumbang kepada 36, 21 dan 14 peratus kepada jumlah jualan keseluruhan.

Google ads
Back to top button