Buletin

VOLVO LANCAR VARIAN MILD-HYBRID XC90 B5 INSCRIPTION PLUS. 249HP/350NM, BERMULA RM389K 

Volvo Car Malaysia (VCM) baru-baru ini melancarkan varian terbaharu Volvo XC90 B5 Inscription Plus yang hadir bersama sistem mild-hybrid dan berada di bawah barisan model B. 

Jentera itu akan melengkapkan lagi penawaran sedia iaitu Volvo XC90 Recharge T8 Inscription Plus.

Dengan rangkaian kuasa yang telah dielektrifikasi, Volvo XC90 B5 Inscription Plus hadir dengan sistem brek janaan semula tenaga kinetik termaju. Sistem tersebut digabungkan bersama enjin turbo empat silinder berkuasa 249hp dan tork 350Nm. 

Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan Geartronic. 

“Kami teruja untuk mengukuhkan barisan model XC90 di Malaysia dan menawarkan pilihan rangkaian kuasa kepada pelanggan,” kata Pengarah Urusan VCM, Charles Frump. 

SUV berkenaan mengekalkan pelbagai ciri penting seperti kamera 360 darjah, rim bersaiz 20 inci dan sistem bunyi premium Bowers & Wilkins. Aspek keselamatan pula terdiri daripada Lane Keeping Aid, Cross Traffic Alert dan City Safety dengan Autobrake. 

Volvo XC90 B5 ditawarkan pada harga bermula RM386,842 dan didatangkan dalam empat pilihan warna. Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan menerusi laman web: www.volvocars.com/my 

Google ads
Back to top button