Buletin

HONDA NSX PRODUKSI PERTAMA BERHARGA RM5 JUTA!

Honda NSX mencatat sejarah tersendiri apabila model produksi pertamanya berjaya dijual pada harga AS$1.2 (RM5 juta).

First 2017 Acura NSX Scores Record Auction Price of .2 Million a

Harga jualan supercar hibrid itu dicapai dalam satu acara lelongan kebajikan Barrett-Jackson Scottsdale di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Di AS, NSX ditawarkan pada harga sekitar AS$157,800 (RM657,000) seunit. Bagaimanapun, jentera dengan nombor VIN 001 itu berjaya mencatat harga jualan hampir sepuluh kali ganda.

Acura-NSX-auction-mekanika (2)

Honda tidak mengambil keuntungan daripada jualan ini. Sebaliknya, ia akan disumbangkan kepada Yayasan Barah Otak Paediatrik di Carolina Utara dan Camp Southern Ground di Georgia, AS.

Pembelinya ialah pemilik pasukan lumba NASCAR, Rick Hendrick. Hendrick memang terkenal kerana gemar mengumpul kereta prestasi edisi pertama. Jentera itu akan disimpan di muzium beliau di Carolina Utara

2017 Acura NSX

Honda NSX bakal dijual di pasaran Eropah pada penghujung tahun ini. Jentera tersebut dijana oleh tiga unit motor elektrik yang kompleks dan sebuah enjin bersama sistem hibrid V6 bersesaran 3.5 liter. Ia dikatakan mampu mencapai kelajuan dari 0 hingga 100km/j dalam masa kurang tiga saat.

Tonton video ini:

Google ads
Back to top button