Buletin

BMW RAIKAN ULANG TAHUN KE-100

Ditubuhkan pada 7 Mac 1916, BMW Group kini meraikan ulang tahun ke-100 pada tahun ini.

#myBMW100Years-contest-2016-mekanika (5)

Bagi meraikan pencapaian tersebut, BMW Group Malaysia menjemput semua pemilik kenderaan BMW dan BMW Motorrad untuk berkongsi momen-momen terindah dengan jentera masing-masing menerusi peraduan #myBMW100Years.

Diinspirasikan daripada BMW Shorties, peraduan ini adalah sebahagian daripada aktiviti sambutannya. Hadiah? Sepuluh orang pemenang bertuah bakal menikmati percutian ke BMW Welt dan Muzium BMW di Munich, Jerman.

#myBMW100Years-contest-2016-mekanika (7)

Untuk mengambil bahagian, anda hanya perlu berkongsi foto paling menarik dengan BMW dan beritahu BMW Group Malaysia tentang momen terbaik bersama jentera BMW.

Sertai peraduan #myBMW100Years dengan langkah-langkah mudah berikut:

  1. Layari microsite mybmw100years.com
  2. Lengkapkan borang dengan maklumat peribadi dan nombor pendaftaran BMW anda.
  3. Kongsikan foto kreatif anda yang menunjukkan momen terbaik bersama BMW.
  4. Tulis satu cerita pendek dengan tema ‘Reflecting on your past with BMW’, kurang daripada 1,000 patah perkataan.
  5. Kongsikan penyertaan anda dengan rakan-rakan di laman Facebook dan Instagram untuk mengumpul undian serta ‘Like’.
  6. Tarikh tutup peraduan #myBMW100Years adalah pada 29 Februari 2016. Pemenang akan diumumkan pada 7 Mac 2016 di laman Facebook dan Instagram BMW Malaysia.

#myBMW100Years-contest-2016-mekanika (4)

Maklumat lanjut mengenai peraduan #myBMW100Years, layari laman web:  www.mybmw100years.com

Tags
Google ads
Back to top button