Buletin

HONDA BAKAL JELMAKAN SEMULA PRELUDE SEBAGAI KERETA SPORTS BERKUASA ELEKTRIK

Plet nama Honda Prelude yang terkenal suatu ketika dahulu dijangka akan membuat kemunculan semula kelak, berdasarkan laporan terbaharu daripada Best Car Web.

Menurut laman web Jepun itu, Honda sedang berusaha untuk membangkitkan semula Prelude pada tahun 2028 sebagai pesaing rapat kepada Toyota GR86 dan Subaru BRZ.

Berita ini turut diperkuatkan lagi dengan pengumuman Honda pada April lalu, di mana pengeluar itu memperlihatkan dua buah model kereta sports berkuasa elektrik dan salah satu daripadanya dikatakan pengganti NSX.

Sebuah lagi kereta sports EV itu digembar-gemburkan akan memakai semula nama Prelude yang telah dihentikan pengeluarannya sejak 20 tahun yang lalu.

Setakat ini, tidak jelas sama ada Prelude akan mengekalkan tradisi pacuan roda depan, atau bakal ditawarkan sebagai sebuah kereta sports pacuan semua roda. – Best Car Web

Google ads
Back to top button