Buletin

HONDA SIAR LAKARAN PERTAMA SUV ELEKTRIK PROLOGUE

Biarpun berdepan dengan kegagalan model-model seperti Clarity dan Insight, ia tidak menjadikan Honda terus berputus asa.

Sebaliknya, syarikat itu kini memandang jauh ke depan dengan memperlihatkan lakaran pertama SUV elektrik Prologuw yang bakal dilancarkan pada tahun 2024.

Rekaan Honda Prologue dihasilkan di Honda Design Studio, Los Angeles menerusi kerjasama dengan pasukan pereka dari Jepun, dan disifatkan sebagai sebuah SUV yang mampu memenuhi keperluan pemanduan setiap hari dan cabaran di hujung minggu.

Tidak banyak info yang didedahkan, namun Honda dikatakan memfokuskan pada aspek aerodinamik, rekaan badan yang lebih ringkas dan kurang garis badan bagi menambahbaik jarak operasi dan mengurangkan kesan bunyi bising masuk ke dalam kabin.

Difahamkan, Honda Prologue ini akan dibangun menggunakan platform Ultium daripada GM, namun dengan stail rekaan dan karakter pemanduan yang unik untuk model-model Honda.

Selain daripada Prologue, Honda juga akan memulakan produksi dan jualan EV berdasarkan platform e:Architecture pada tahun 2026, dan bekerjasama sekali lagi dengan GM untuk membangunkan siri model EV yang lebih mampu milik.

Ini membolehkan Honda mencapai sasaran jualan hampir 500,000 unit EV di Amerika Syarikat menjelang tahun 2030.

Google ads
Back to top button