Artikel Pilihan

NISSAN 400Z VS TOYOTA SUPRA VS FORD MUSTANG. KERETA MANA LAGI POWER?

Walaupun kurang praktikal di dunia sebenar, tapi ramai peminat yang mahukan perbandingan kereta mana yang lebih pantas dari 0-100km/jam. Di Amerika pula, peminat permotoran mahu tahu kereta mana yang lebih laju dalam perlumbaan suku batu atau quarter mile race.

Mungkin perlumbaan ini pernah dipopularkan oleh pelakon yang tidak berambut iaitu Vin Diesel, maka ia menjadi acara wajib bagi setiap kereta sport baru yang keluar di pasaran. Ambil kereta tersebut dan bandingkan kereta mana yang lebih pantas.

Dalam video di bawah, pengacara Jason Cammisa membandingkan 1 hero Jepun yang baru bangkit iaitu Nissan 400Z dengan lawannya sejak azali iaitu Toyota Supra dan juga hero Amerika iaitu Ford Mustang Mach 1.

Perbandingan kali ini boleh dikatakan agak adil kerana semua kereta yang berlumba memiliki ciri yang hampir sama iaitu sport coupe 2 pintu, enjin depan dengan pacuan belakang dan juga transmisi automatik. Namun apa yang berbeza ialah berat kenderaan dan juga kuasa kuda yang dihasilkan

Ford Mustang datang dengan enjin 5000cc V8 yang menghasilkan 480 kuasa kuda dan 570Nm tork. Semua kuasa disalurkan ke tayar belakang menerusi transmisi automatik 10 kelajuan dan pada hemat penulis transmisi dan enjin ini merupakan penyumbang terbesar kepada berat Mustang yang mencecah 1746kg

Toyota Supra pula datang dengan enjin 3000cc 6 silinder sebaris turbo yang menjana sehingga 382 kuasa kuda dan 499Nm tork. Sama seperti Mustang, semua kuasa disalurkan ke roda belakang dengan transmisi ZF 8 kelajuan automatik. Kelebihan Supra ialah ia hanya seberat 1520kg sahaja

Manakal hero terbaru Jepun iaitu Nissan 400Z menggunakan enjin 3000cc V6 dengan turbo berkembar yang menjana 400 kuasa kuda dan 474Nm tork. Bagi varian automatik, ia datang dengan transmisi 9 kelajuan yang diperolehi daripada Mercedes dengan berat keseluruhan.

Namun berdasarkan ujian yang sebenar, Toyota Supra walaupun menghasilkan kuasa kuda yang paling rendah masih berupaya menunjukkan taring dengan mencatatkan masa 0-100km/jam dalam masa 3.8 saat. Catatan masa ini adalah sama dengan Ford Mustang Mach 1 dan lebih pantas daripada Nissan 400Z dengan masa 4.0 saat

Supra juga berjaya menghasbiskan perlumbaan suku batu dalam masa 12.1 saat, sama dengan Ford Mustang namun lebih perlahan pada 188km/jam. Manakala Nissan 400Z menghabiskan perlumbaan dalam masa 12.3 saat dengan halaju maksima 186km/jam. Nah anda boleh tonton sendiri video di bawah

Google ads
Back to top button