Buletin

HONDA STEPWGN 2018 – TAWAR CIRI HONDA SENSING, VARIAN HIBRID, ENJIN TURBO 2.0L

Honda baru sahaja menaik taraf MPV popularnya di pasaran Jepun, StepWGN dengan beberapa ciri, gayaan dan pilihan rangkaian kuasa yang baru.

Honda StepWGN ditawarkan pada harga bermula 2.45 juta yen (RM92,200) sehingga 3.66 juta yen (RM137,500) seunit.

Rangkaian model StepWGN bermula dengan model entry level Spada. MPV itu dikuasakan dengan enjin empat silinder sebaris bersesaran 1.5 liter bersama sebuah turbo kecil (150PS) dan dipadankan dengan kotak gear CVT.   

Bagi pengguna yang mahukan pilihan lebih maju, Honda ada menawarkan StepWGN Spada Hybrid. Jentera itu dilihat lebih berkuasa apabila menggunakan sistem Honda Sport Hybrid Intelligent Multi Mode Drive (i-MMD).

Rangkaian kuasa itu terdiri daripada enjin empat silinder sebaris DOHC bersesaran 2.0 liter dan digabungkan dengan dua unit motor elektrik dan satu pek bateri lithium-ion yang diletakkan di bawah tempat duduk baris pertama.

Gabungan enjin dan motor elektrik itu mampu menjana kuasa mencecah 215PS. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda melalui kotak gear e-CVT. Dari segi penjimatan bahan api, MPV itu dikatakan mampu mencatat 25km bagi setiap liter petrol.

Secara visualnya, Spada Hybrid dibezakan menerusi rim aluminim bersaiz 16 inci yang dibalut dengan tayar 205/60 R16. Di samping hendal pintu krom dan lampu belakang dengan perumah berwarna jernih.

Varian tertinggi juga dilengkapi sistem keselaman Honda Sensing dan peredam berprestasi tinggi untuk memberi lebih keselesaan kepada penumpang.

Untuk makluman, rangkaian sistem keselamatan Honda Sensing merangkumi Collision Mitigation Braking System (CMBS), False Start Prevention, Pedestrian Collision Mitigation Steering System, Road Departure Mitigation (RDM) System, Adaptive Cruise Control (ACC), Lane Keeping Assist System (LKAS), Lead Car Departure Notification System dan Traffic Sign Recognition.

Bagi model tahun 2018, Honda juga memperkenalkan warna badan baru iaitu ungu (Premium Spice Purple Pearl) untuk varian hibrid dan warna hijau mutiara buat Spada Hybrid.

Seperti biasa, varian-varian StepWGN dibezakan melalui pelbagai bentuk kemasan pada bahagian dalamannya. Antaranya ialah kluster instrumen digital serta warna material kulit dan jahitan yang membalut tempat duduk.

GALERI

Google ads
Back to top button