Artikel Pilihan

HEXHOG – KERUSI RODA OFF-ROAD 6 RODA (VIDEO)

Ciptaan kerusi roda merupakan satu nikmat yang cukup besar untuk mereka yang hilang keupayaan untuk berjalan. Inovasi kerusi roda tetap berkembang walaupun pada rentak yang agak perlahan. Tapi sekurang-kurangnya golongan ini tidak dilupakan. Kini ia semakin menarik dengan ciptaan terbaru yang dinamakan HexHog (jangan terjemah okey).

Ia merupakan satu revolusi yang menggabungkan kerusi roda biasa dan ATV lengkap dengan enam roda. Kini golongan istimewa juga mampu menikmati prestasi off-road pada sebuah kerusi roda dengan kawalan pada hujung jari mereka sendiri.

Kalau biasanya kerusi roda dilengkapkan dengan 4 roda kini HexHog dengan 6 roda bersaiz ATV membolehkan mereka bersiar-siar di tepian pantai dengan lebih santai.

Kerusi roda berkuasa bateri ini dihasilkan selepas 5 tahun ujian dan pembangunan dalam keadaan muka bumi yang ekstrim. Bateri lithium-ion dengan keupayaan cas-pantas hanya memerlukan masa 2 jam sekali cas.

Ia mampu bergerak sehingga 13.5 km/j dan boleh dtingkatkan lagi dengan sedikit pengubahsuaian. Tapi ini ATV, okey la tu kot. Joystick digunakan untuk mengawal ketinggian dan kawalan pendikit. Tempat duduknya juga direka untuk kemudahan jika perlu berpindah ke kerusi roda biasa.

Casis Hexhog ini boleh dilaras untuk kestabilan. Bukan itu sahaja keseluruhan casis juga diberi perlindungan khas agar kalis air, lumpur, salji dan pasir. Harganya mungkin mahal tapi rasanya memang sangat berbaloi dengan segala kelebihan yang ditawarkan.

Google ads
Back to top button