Artikel Pilihan

KENDERAAN AMFIBIA MADE IN CHINA – ATV BOLEH, JET SKI PUN BOLEH

Apabila menyebut tentang produk buatan dari China, skeptikal kita pasti menjuihkan bibir. Menandakan barangan / produk Made in China sebagai sesuatu produk murahan dan tiada kualiti. Barangkali ada benarnya. Tapi jangan lupa, teknologi moden mahu pun teknologi Copy & Paste semakin menjadi – jadi. Sebut sahaja peralatan elektronik, semua orang kenal Huawei.

Sedang Brader Karrager melungsuri carian internet untuk dibuat bahan menulis, tiba – tiba terperasan sejenis kenderaan. Sekali tengok nampak macam ATV (All Terrain Vehicle) biasa. Tapi apabila melihatkan judul dan tajuk produk perkenaan ianya bukanlah sembarangan ATV yang mungkin biasa kita lihat tempat kita. Ianya adalah sebuah kenderaan dua alam. Siang lelaki. Malam perempuan. Acah aja.

Sebenarnya ini adalah sejenis kenderaan amfibia. Ada daratan ianya adalah sebuah ATV, yang mampu mengharungi segala onak dan duri pancaroba dunia yang penuh dengan tipu daya dan muslihat. Setakat melalui anak sungai dan belukar apalah sangat.

Dan ada masanya kenderaan amfibia yang diberi nama Lonchon 6J5 ini (sebenarnya Brader Karrager terjumpa satu lagi produk yang serupa -Hison dengan rekaan yang sama tetapi spesifikasi berbeza) berupaya menjelmakan diri beliau sebagai sebuah Jet Ski. Bukan setakat nak meredah sungai, nak merintangi lautan api pun beliau sanggup. Eceh. Bermadah pula. Maklumlah, Brader Karrager menulis ni waktu malam. Teringat kisah silam.

Sewaktu di atas permukaan air, keempat empat roda kenderaan ini akan dilipat dan disimpan di dalam. Video demo yang Brader Karrager tonton bukan lain ligat lagi apabila beraksi di atas air. Sekali imbas memang orang ingat Jet Ski sejati. Sekali ada ‘tayar’ keliling kau! Tertipu Tipah.

Kenderaan Amfibia Argo ini sebenarnya digerakkan dengan enjin empat lejang jenis suntikan bahan api yang bersesaran 1400 cc. Patutlah pun laju. Tangki minyak pula boleh isi sampai 60 liter. Mak ai, tipu ke apa ni dah serupa Pajero tangki dia bukan main besar lagi. Jenama Hison yang Brader Karrager maklumkan tadi mempunyai 90 liter kapasiti bahan bakar dan enjin 1500 cc. Mesti kes Copy & Paste geng sendiri la ni.

Jadinya, untuk insan insan yang berduit berkoyan serupa Jutawan Kosmetik, daripada main Wisuki, baik order hat ni satu. Memang tak ada orang lain pakai kau seorang aja. Boleh beli di Alibaba sebenarnya. Harganya? Bermula dengan US18,000 (RM xxxx). Rasa macam teringin juga nak order, time banjir kilat di KL ni boleh sengih aja sambil ambil bini balik kerja tak ada masalah. Amacam?

BACA : WATERCAR PANTHER – KENDERAAN AMFIBIA TERPANTAS

BACA : LELAKI INI UBASUAI KERETA JADI AMFIBIA

Google ads
Back to top button