Motosikal

KAWASAKI NINJA 250 2021 DIPERKENALKAN DI PASARAN JEPUN. DUA WARNA BAHARU JADI PILIHAN

Kawasaki memperkenalkan jentera Ninja 250 model tahun 2021 di pasaran Jepun dengan menawarkan dua warna baharu kepada para pelanggan.

Dua warna tersebut merupakan hijau (edisi KRT) dan kelabu (Metallic Carbon Grey).

Edisi KRT mendapat sentuhan rekaan jentera Kejuaraan Superbike Dunia (WorldSBK) 2020 yang dijual pada harga 654,500 yen (RM25,570) manakala motosikal didatangkan warna kelabu memiliki tanda harga lebih murah pada 634,500 yen (RM24,790).

Jentera ini mendapat khidmat enjin 2 silinder DOHC 248cc yang mampu menjana kuasa 36hp pada 12,500rpm dan tork 22 Nm dengan transmisi klac manual 6-kelajuan.

Kawasaki Ninja 250 ini masih mengekalkan ciri-ciri model terdahulu dengan berat 166 kg, kapasiti tangki minyak 14 liter, konsol separa digital, lampu LED dan ABS.

Ia turut didatangkan tayar 110 / 70-17 di bahagian hadapan manakala belakang 140 / 70-17. –agensi.

Google ads
Back to top button