" "
Buletin

HONDA UMUM SKIM BONUS GST LEBIH AWAL UNTUK PELANGGAN

Bersempena pengumuman oleh Kerajaan Malaysia bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang berkadar sifar berkuat kuasa 1 Jun 2018, Honda Malaysia mengambil inisiatif untuk menyokong pelanggannya yang merancang untuk membeli kenderaan mereka sebelum sambutan Hari Raya melalui skim Bonus GST.

Honda Malaysia akan menyerap GST 6% di bawah skim ini bagi pelanggan yang membeli model Honda terpilih dalam tempoh 18 Mei 2018 hingga 31 Mei 2018.

Pelanggan juga berhak menerima faedah dari promosi yang sedang berlangsung “Selamat Datang Ramadhan”

BACA: VOLKSWAGEN UMUM HARGA GST 0%

Bagaimanapun, Bonus GST ini hanya tertakluk kepada model City (Variasi Petrol), Civic, CR-V dan HR-V.

Model Honda yang lain iaitu Jazz, BR-V, Accord, Odyssey, Civic Type R, Jazz Hybrid dan City Hybrid tidak terlibat dalam skim Bonus GST tetapi masih ada promosi “Selamat Datang Ramadhan ”

Honda Malaysia tidak lama lagi akan mengumumkan harga kenderaannya yang baru sempena Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), akan berkuatkuasa pada 1 Jun 2018. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau www.honda.com.my

Google ads
Back to top button