Marc Marquez membuka tirai pusingan Latihan Bebas di pusingan Perancis hari ini. Beliau melakukan Pusingan terpantas dengan catatan 1’32.476. Mendahului pelumba Ducati Dovizioso.
Apa yang jelas, penggunaan fairing dengan aerodinamik baru nampaknya memberi kesan terhadap prestasi keseluruhan. Ia berbeza dengan Pedrosa yang menduduki tangga ke 15. Pedrosa bagaimanapun masih menggunakan fairing lama.
Pelumba dibenarkan menaiktaraf fairing hanya sekali sahaja dalam satu musim.
Pasukan Yamaha Movistar menerusi Vinales nampaknya bermula cemerlang dengan kedudukan ketiga. Rossi bermula agak bagus dengan mengakhiri ujian latihan bebas pertama ini ditempat keenam, di belakang Zarco dari Tech3.