Buletin

HONDA UNGGULI CARTA SEGMEN BUKAN NASIONAL 2015

Honda Malaysia mencatat jualan paling tinggi iaitu sebanyak 94,902 unit pada tahun 2015. Ini sekali gus meletakkan Honda sebagai jenama bukan nasional No. 1 dari segi jualan buat pertama kali dalam sejarahnya.

Honda-City-Dark-Ruby-Red-Pearl-mekanika (1)

Jualan keseluruhan tahun 2015 meningkat sebanyak 22 peratus berbanding 77,485 unit yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. City yang menjadi model paling laris Honda Malaysia menyumbang peratusan jualan tertinggi iaitu 40 peratus. Ia diikuti oleh HR-V (21%) dan Jazz (18%).

City, Jazz, HR-V dan CR-V juga mengekalkan penguasaan dalam segmen masing-masing pada tahun 2015.

Honda-HR-V-mekanika (3)

“2015 menjadi tahun yang mengujakan buat Honda Malaysia. Kami memulakan tahun dengan sasaran jualan yang mencabar iaitu 85,000 unit. Namun, kami berjaya melepasi sasaran itu dengan 12 peratus, biarpun di sebalik situasi pasaran yang sangat kompetitif.

“Honda Malaysia juga mencatatkan jualan bulanan tertinggi dalam sejarah pada Disember dengan 10,741 unit,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.

Honda-Jazz-Carnival-Red-mekanika (1)

Pada tahun 2014, Honda Malaysia menduduki tempat pertama dalam segmen kereta penumpang bukan nasional.

“Bagi pihak Honda Malaysia, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kerana memilih Honda. Pencapaian ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa sokongan anda semua,” kata Ueno lagi.

Honda-HR-V-mekanika

Honda Malaysia komited untuk terus memperkenalkan produk-produk menarik ke pasaran Malaysia pada tahun ini. Di samping menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan menerusi 87 pengedarnya di seluruh negara.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button