Buletin

NISSAN X-TRAIL KINI BERWARNA MERAH

Untuk menyemarakkan lagi sambutan tahun Monyet (fire Monkey), Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkenalkan warna merah baharu bagi Nissan X-Trail.

nissan-x-trail-hybrid-mekanika (2)

Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng berkata merah sememangnya warna yang penuh semangat .

“Ia adalah warna cinta dan api, serta sering dikaitkan dengan keghairahan. Bagi masyarakat Cina, warna merah melambangkan nasib yang baik, kemakmuran dan kegembiraan,” katanya.

Padanan warna merah berkenaan menyerlahkan lagi personaliti X-Trail  yang bertenaga dan berani menyahut cabaran serta dinamik.

Di pasaran tempatan, X-Trail ditawarkan dengan dua varian iaitu 2.5L 4WD dan 2.0L 2WD.

Model tertingginya, 2.5L 4WD dikuasakan enjin QR25DE-k2 bersama Twin CVTC.  Ia mampu menghasilkan kuasa  171PS @ 6,000rpm dan tork 233Nm @ 4,000rpm.

Sementara,  2.0L 2WD menggunakan MR20DD dengan sistem pancitan terus dan Twin CVTC. Tenaga yang dihamburkan ialah 144PS @ 6,000rpm dan tork 200Nm @ 4,400rpm.

Kedua-dua varian dipadankan dengan kotak gear Xtronic CVT bersama mode manual tujuh kelajuan.

Model pemasangan tempatan (CKD) itu mengaplikasikan teknologi Active Chassis Control termaju demi memastikan pengalaman pemanduan yang lancar dan menyenangkan. Tidak ketinggalan ciri keselamatan Active Ride Control, Active Engine Brake dan sistem Active Trace Control.

Ditawarkan dalam unit terhad, harga jualan model X-Trail berwarna merah ialah RM159,164.06 untuk 2.5L 4WD dan RM136,976.96 bagi varian 2.0L 2WD (harga di atas jalan termasuk GST tanpa insurans di Semenanjung Malaysia).

Dalam perkembangan lain, ETCM turut menganjurkan Kempen ‘Drive to Prosperity’ yang berlangsung sehingga Tahun Baru Cina. Para pelanggan boleh membeli dan mendaftar model Nissan sepanjang tempoh promosi untuk berpeluang menyertai dan memenangi hadiah perkakasan elektrik jenama SHARP bernilai lebih daripada RM128,888.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button