Buletin

SUBARU XV FACELIFT – RM121,000

Motor Image Malaysia semalam melancarkan SUV Subaru XV yang telah ditambah baik.

Subaru-XV-facelift-2016-mekanika (12)

XV baharu hadir dalam dua varian iaitu XV 2.0i dan XV 2.0i Premium. Harga yabg ditawarkan ialah RM121,000 dan RM125,000 seunit (tidak termasuk GST, insurans, yuran pendaftaran dan cukai jalan). Pelanggan mempunyai enam pilihan warna seperti putih, kelabu, khaki, oren, kelabu gelao dan hitam.

Dari segi luaran, XV menerima gril heksagon dan lampu utama berben tuk huruf C yang disepadukan. Ia turut menampilkan garis lebih tajam pada bahagian bampar, lampu kabus dan lampu belakang. Penampilan ity disempurnakan lagi dengan lampu belakang baharu dan rim sport bersaiz 17 inci.

Subaru-XV-facelift-2016-mekanika (9)

Nilai estetik ruang kabin dipertingkatkan melalui kluster paparan lebih premium. Tempat duduk pula dibalut kulit dengan jahitan benang berwarna oren serta stereng yang telah direka semula.

Ciri-ciri seperti paparan multi fungsi, butang penghidup enjin, pedal aluminium dan tempat duduk boleh laras secara elektrik menambah aspek kemewahan SUV ini.

Subaru-XV-facelift-2016-mekanika (5)

XV masih menggunakan khidmat enjin Boxer bersesaran 2.0 liter. Berupaya menjana sehingga 150PS dan tork maksimum 196Nm, enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear automatik Lineartronic CVT.

XV mewakili 95 peratus jualan Subaru. Pada tahun 2014, subaru mencatat jualan sebanyak 1,600 unit. Angka itu meningkat kepada 2,500 unit pada tahun lalu. Justeru, Motor Image Malaysia mengharapkan momentum positif itu akan berterusan pada tahun 2016.

Subaru-XV-facelift-2016-mekanika (8)

Untuk makluman, SUV versi facelift ini sudah pun dilancarkan di Thailand, Filipina, Singapura dan Malaysia. Minggu depan akan mula dipasarkan di Vietnam.

Subaru kini mempunyai 25 buah pusat 3S dan empat pusat jualan. Ia akan membuka sebuah lagi pusat 3S di Cheras pada tahun ini.

Subaru-XV-facelift-2016-mekanika (14)

Bagi meningkatkan lagi kesedaran orang ramai terhadap jenama Subaru, Motor Image Malaysia akan mengadakan pemasaran, dikenali sebagai Unpark Your Life yang lebih agresif.

Subaru-XV-facelift-2016-mekanika (1)

Syarikat itu juga merancang untuk melancarkan dua model pada tahun ini untuk menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna tempatan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button