Buletin

HONDA VEZEL HYBRID RS BAKAL DILANCARKAN DI JEPUN!

Honda mengumumkan kemunculan model Honda Vezel Hybrid RS bagi pasaran Jepun. Di Malaysia model tersebut dikenali sebagai HR-V.

Honda-Vezel-Hybrid-RS-2016-mekanika (3)

Pada bahagian luar,  Honda Vezel Hybrid RS  lebih menggoda. Ia diserlahkan menerusi ciri gril honeycomb pada bahagian atas, penggunaan warna hitam bermula dari bahagian bawah bampar hadapan sehingga ke fender dan bampar belakang.

Ciri lain termasuk lampu  kabus LED, rim aloi 18 inci dan perumah cermin sisi berwarna hitam. Bahagian kabin juga tampil dengan kemasan hitam, sesuai dengan tema sporty.

Honda-Vezel-Hybrid-RS-2016-mekanika (2)

Honda Vezel Hybrid RS dikuasakan enjin  sama dengan Honda Vezel Hybrid. Enjin 1.5 liter itu mampu menghasilkan kuasa 132PS dan tork 156Nm. Motor elektrik pula menjana kuasa 29.5PS dan tork 160Nm. Kuasa dihantar ke roda hadapan melalui kotak gear automatik 7-kelajuan.

Honda  Vezel Hybrid RS bakal dijual di pasaran Jepun hujung bulan ini. Ketika itu spesifikasi dan harga akan diumumkan secara rasmi.

Honda-Vezel-Hybrid-RS-2016-mekanika (1)

Difahamkan model Honda Vezel RS turut ditawarkan. Dengan lencana RS, penampilan kedua varian tersebut dijamin lebih sporty dan agresif.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button