
HONDA CBR150R DILANCARKAN AHAD INI
Menerusi laman portal kobayogas, terlihat dua imej Honda CBR150R facelift. Menerusi foto berkenaan, sosok Honda CBR150R facelift dengan kod K45G itu kelihatan lebih ramping tanpa rekaan yang berotot.
Bahagian belakang kelihatan lebih runcing dengan rekaan pelana yang terpisah seperti milik Yamaha R15. Lampu hadapan lebih kecil dan tirus seperti ditarik ke atas. Gambar itu juga menunjukkan lampu hadapan seperti menggunakan lampu LED.
Garis rekaannya lebih tajam dan bentuk ekzos pula menerima kemas kini baharu. Namun, persoalannya adakah imej berkenaan adalah benar-benar Honda CBR150R facelift yang baharu?
Admin meneruskan lagi pencarian mengenai berita model tersebut. Dalam perkembangan lain, pihak Semisena melaporkan Astra Honda Motor (AHM) bakal melancarkan sportbike 150cc pada 14 Februari ini.
Malah, khabarnya pelancaran Honda CBR150R di Litar Sentul itu lebih meriah dengan kedatangan pelumba MotoGP dari Pasukan Repsol Honda, Marc Marquez dan Dani Pedrosa. Untuk mendapatkan kepastian, sama-sama kita nantikan Ahad ini.
Artikel mengenai Honda CBR150R boleh anda baca di pautan ini: https://www.mekanika.com.my/motosikal/12-ciri-baharu-honda-cbr-150r