Buletin

SUV KOMPAK HYUNDAI CARLINO

Hyundai India mempertontonkan model konsep SUV kompak yang berasaskan paltform hatchback i20.  Hyundai Carlino akan diposisikan di bawah model premium SUV Creta sebaik sahaja ia memulakan produksinya nanti.

hyundai-carlino-konsep-mekanika (1)

Untuk makluman, Creta juga dibina berasaskan kepada platform i20 hatchback. Hyundai Carlino mungkin dijana oleh enjin 1.2 liter Kappa2 petrol dan 1.4 liter CRDi U2 diesel.

Enjin bersesaran 1.2 liter itu mampu menghasilkan kuasa 82bhp dan tork 115Nm. Sementara 1.4 liter berupaya menjana kuasa 89bhp dan tork 220Nm. Pilihan transmisi pula ialah automatik 4-kelajuan dan manual 5 kelajuan.

hyundai-carlino-konsep-mekanika (4)

Berasaskan filosofi rekaan fluidic 2.0, Carlino berkongsi elemen rekaan sama seperti i20 dan Creta.

Jentera itu menampilkan lampu hadapan kecil dan signatur baharu gril Hyundai yang dapat dilihat pada barisan model terkini Hyundai.

hyundai-carlino-konsep-mekanika (3)

Pada profil sisi, model itu mempunyai pelindung roda yang hampir sama dan kelihatan seperti versi mini Creta. Belakangnya pula diinspirasikan daripada Creta dan Santa Fe.

Kehadiran  Hyundai Carlino bakal menarik perhatian pembeli yang mencari mini SUV pada harga lebih berpatutan.

hyundai-carlino-konsep-mekanika (5)

Hyundai masih belum mendedahkan imej bahagian kabin Carlino. Tetapi konsep dalamannya dikatakan merangkumi ‘fesyen, fungsi dan teknologi terkini’. Gabungan audio yang boleh ditukar ganti, unit visual dan navigasi bersama paparan kamera belakang tanpa wayar, butang push start dan enam beg udara.

Apabila dilancarkan kelak,  Hyundai Carlino bakal bersaing dengan Maruti Suzuki Vitara Brezza, Ford EcoSport, Mahindra TUV300 dan Tata Nexon di India.

hyundai-carlino-konsep-mekanika (2)

Pada pameran di New Delhi itu, Hyundai turut menampilkan Genesis, model SUV kompak  i20 yang akan dilancarkan pada 2017 dan  Tucson tahun 2016.

Foto: Indiacarnews

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button